Halaman

Selasa, 16 Disember 2014

KERAJAAN PAS KELANTAN SEDANG RETAK MENANTI BELAH!!!

Setelah pelbagai kemelut yang melanda Parti PAS, sebahagian besar adalah angkara Rakan Sekutu dalam PR(Pakatanharam Rakyat) iaitu PKR dan DAP, kini Kerajaan PAS Kelantan SEDANG RETAK DALAM DIAM, HANYA MENUNGGU MASA UNTUK PECAH DAN HANCUR.

KENAPA YA???

POKOK PANGKALNYA ADALAH KERANA MAJORITI PEMIMPIN PAS SUDAH TIDAK IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, DAN TELAH LARI DARIPADA LANDASAN PERJUANGAN SEBENAR SERTA TERPESONG DARIPADA KEPIMPINAN BERSAMA ULAMA’.

Lanjutan daripada Pokok Pangkal atau Sebab Utama di atas, MAKA terzahirlah akar-akar yang reput dan ranting-ranting yang rapuh dalam Perjuangan PAS hari ini,  tak terkecuali dalam PAS KELANTAN, sepertimana FAKTA-FAKTA berikut;

1.  Hampir semua Saf Pimpinan Tertinggi PAS samada di Peringkat Pusat, Negeri, Kawasan, Dun dan Cawangan telah dikuasai oleh Golongan Sekular/Liberal/Barua/Syiah/Anti-Ulama’/Anti-Melayu/ Juhalak atau Jahil dan sebagainya – bukan lagi dikuasai oleh Golongan Ulama’ atau Ustaz/Ustazah.
   Yang lebih menjadi masalah ialah sudahlah Pemimpin-pemimpin ini bukan Ustaz atau Ulama’, malah sebahagian besar mereka ini adalah Anti-Ulama’, dan Pro kepada Pemimpin-pemimpin tertentu yang telah nyata menjadi BARUA-BARUA kepada Puak Kafir DAP & PKR.


Foto di atas adalah barisan Ahli EXCO Kerajaan Kelantan termasuk MB dan TMB yang dibentuk selepas PRU pada tahun 2013 yang lepas. Daripada 11 orang, hanya 3 orang sahaja(dalam bulatan hijau) yang bergelar Ustaz dan boleh dikategorikan sebagai ULAMA.

Majoriti Ustaz(Ulama) dalam PAS Kelantan hanyalah pada peringkat awal selepas dapat menawan Kelantan daripada UMNO(BN) pada tahun 1990.

(Inilah BUKTI kepada MOTO KEBANGGAAN PAS.. iaitu KEPIMPINAN BERSAMA ULAMA)


2.   PAS Kelantan sedang dilanda pertembungan yang semakin parah, menanah dan semakin terbongkar di antara Team Mohd Amar dengan Team Husam Musa. Sememangnya sebahagian besar rakyat Kelantan khususnya penyokong PAS termasuk ahli dan penyokong PAS di luar Kelantan tidak mengetahui tentang PERTEMBUNGAN dan PEREBUTAN KUASA di antara Mohd Amar dan Husam Musa serta Takiyuddin yang masing-masing telah membina tapak sokongan di peringkat akar umbi dari awal lagi bagi memudahkan laluan kepada kerusi MB bagi menggantikan TG Nik Aziz. Pertembungan ini telah bermula semenjak awal lagi dan semakin ketara pada tahun 2004 sehinggalah hari ini yang semakin parah dan terbuka.



3.   PAS sedang dilanda oleh PASMA, yang merupakan Serpihan Parti PAS dengan kapasiti NGO, sebagai persediaan untuk menggantikan PAS dalam PR(Pakatanharam Rakyat) sekiranya Golongan Ulama’ berjaya membawa PAS keluar dari PR… PASMA ditubuhkan oleh Pemimpin PAS yang Anti-Ulama’ dan pro BAB_*(Brother Anuwaa Bin Ibrahiem), jadi sebenarnya PASMA adalah singkatan dan Penegasan kepada 
      PUAK ANA SENTIASA MENYOKONG ANUWAA (P A S M A).

4.   Semakin ramai Pemimpin dan Aktivis PAS di peringkat Kawasan, DUN serta Cawangan, terutama golongan muda, telah memprotes secara senyap, melepaskan jawatan dan semakin menjauhi aktiviti parti kerana kecewa dengan pelbagai tindakan Pimpinan Tertinggi PAS dalam menangani isu-isu yang melibatkan Kalimah Allah, Agama Islam dan Bumiputera Melayu.

5.   Golongan Ulama’, Ustaz, Ustazah & Guru-guru Agama serta Masyarakat Pondok semakin menjauhi PAS.

6.   Sebahagian besar Pemimpin peringkat bawahan serta Ahli-ahli PAS semakin KELIRU, BINGUNG DAN MABUK KETUM dengan halatuju dan pendekatan perjuangan PAS sekarang, kerana semakin ramai PEMANDU yang ingin merampas STERENG daripada ULAMA’. Macam-macam Ada… Syiah, Wahabi, Salafi, Khalafi, BAB_*(Brother Anuwaa Bin Ibrahiem), Komunis, Kapitalis, Sosialis, Craziest, Sekular, Liberal, Plural, Singular dan sebagainya.

7.   Sebahagian besar Pemimpin peringkat bawahan, Ahli-ahli PAS serta Rakyat semakin tahu, nampak dan meluat dengan sebahagian besar pemimpin Atasan PAS Kelantan termasuk YB-YB dan bekas YB serta EXCO dan bekas-bekas EXCO yang semakin ligat dan galak mengejar dan ‘mengekah’ HABUAN DUNIA di setiap penjuru yang boleh dikail dengan joran kuasa yang ada pada mereka, tanpa rasa malu dan peduli kepada penyokong PAS serta rakyat yang masih ramai hidup dalam kedaifan dan kesempitan.

8.   Pemimpin, Aktivis, Ahli serta Penyokong PAS semakin ALPA dengan Kehidupan Dunia. Mereka semakin lupa kepada TUJUAN HIDUP yang sebenarnya di Dunia yang FANA ini. Sebahagian besar mereka tidak melaksanakan sepenuhnya beberapa Kewajipan yang telah DIFARDHUKAN oleh ALLAH SWT, seperti tidak menjaga SOLAT 5 WAKTU, tidak tahu membaca Al-Quran, terlibat dengan judi dan nombor ekor, tidak menghubungkan Silatulrahim dengan sesama Islam, malah semakin longgar Ikatan  Ukhuwwah sesama mereka dan sebagainya lagi. Justeru, tunggulah akan BALA & LAKNAT daripada ALLAH SWT.

9.   Selain daripada masalah dalaman,  PAS Kelantan (khususnya golongan Ulama) telah menerima tekanan dan tentangan yang semakin hebat daripada Kafir DAP & PKR, terutama dengan pengisytiharan PAS untuk melaksanakan HUDUD di Kelantan pada tahun 2015 yang akan menjelang beberapa hari lagi. Justeru, bukan setakat HUDUD tak dapat dilaksanakan(HUDUD : YANG AKAN KEKAL SEBAGAI RETORIK POLITIK PAS) malah Barisan EXCO dan pimpinan PAS Negeri Kelantan juga akan dikuasai sepenuhnya oleh puak bukan Ulama yang terdiri daripada BARUA-BARUA KAFIR DAP & PKR… Mungkin Menteri Besar (Us Ahmad Yakob)- yang akan DIKAMBINGHITAMKAN,  yang dikekalkan untuk mengabui mata Ahli PAS, Penyokong dan Rakyat yang mahukan Ulama menjadi MB.


Maka, berdasarkan FAKTA-FAKTA di atas serta Faktor-faktor lain lagi yang tidak dipaparkan, kalau tidak ditangani sebaiknya oleh Pimpinan PAS yang Pro Ulama, tidak mustahil Kerajaan PAS Kelantan akan jatuh atau hancur dalam masa terdekat ini, atau pun kalah dalam PRU ke -14 nanti. Sememangnya ia adalah KEHENDAK & UJIAN ataupun BALA & LAKNAT daripada ALLAH kepada PAS setelah diberi peluang berkuasa semenjak tahun 1990.

WALLAHUA’LAM

(KUMIM)


Tiada ulasan: