Selasa, 16 Disember 2014

KERAJAAN PAS KELANTAN SEDANG RETAK MENANTI BELAH!!!

Setelah pelbagai kemelut yang melanda Parti PAS, sebahagian besar adalah angkara Rakan Sekutu dalam PR(Pakatanharam Rakyat) iaitu PKR dan DAP, kini Kerajaan PAS Kelantan SEDANG RETAK DALAM DIAM, HANYA MENUNGGU MASA UNTUK PECAH DAN HANCUR.

KENAPA YA???

POKOK PANGKALNYA ADALAH KERANA MAJORITI PEMIMPIN PAS SUDAH TIDAK IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, DAN TELAH LARI DARIPADA LANDASAN PERJUANGAN SEBENAR SERTA TERPESONG DARIPADA KEPIMPINAN BERSAMA ULAMA’.

Lanjutan daripada Pokok Pangkal atau Sebab Utama di atas, MAKA terzahirlah akar-akar yang reput dan ranting-ranting yang rapuh dalam Perjuangan PAS hari ini,  tak terkecuali dalam PAS KELANTAN, sepertimana FAKTA-FAKTA berikut;

1.  Hampir semua Saf Pimpinan Tertinggi PAS samada di Peringkat Pusat, Negeri, Kawasan, Dun dan Cawangan telah dikuasai oleh Golongan Sekular/Liberal/Barua/Syiah/Anti-Ulama’/Anti-Melayu/ Juhalak atau Jahil dan sebagainya – bukan lagi dikuasai oleh Golongan Ulama’ atau Ustaz/Ustazah.
   Yang lebih menjadi masalah ialah sudahlah Pemimpin-pemimpin ini bukan Ustaz atau Ulama’, malah sebahagian besar mereka ini adalah Anti-Ulama’, dan Pro kepada Pemimpin-pemimpin tertentu yang telah nyata menjadi BARUA-BARUA kepada Puak Kafir DAP & PKR.


Foto di atas adalah barisan Ahli EXCO Kerajaan Kelantan termasuk MB dan TMB yang dibentuk selepas PRU pada tahun 2013 yang lepas. Daripada 11 orang, hanya 3 orang sahaja(dalam bulatan hijau) yang bergelar Ustaz dan boleh dikategorikan sebagai ULAMA.

Majoriti Ustaz(Ulama) dalam PAS Kelantan hanyalah pada peringkat awal selepas dapat menawan Kelantan daripada UMNO(BN) pada tahun 1990.

(Inilah BUKTI kepada MOTO KEBANGGAAN PAS.. iaitu KEPIMPINAN BERSAMA ULAMA)


2.   PAS Kelantan sedang dilanda pertembungan yang semakin parah, menanah dan semakin terbongkar di antara Team Mohd Amar dengan Team Husam Musa. Sememangnya sebahagian besar rakyat Kelantan khususnya penyokong PAS termasuk ahli dan penyokong PAS di luar Kelantan tidak mengetahui tentang PERTEMBUNGAN dan PEREBUTAN KUASA di antara Mohd Amar dan Husam Musa serta Takiyuddin yang masing-masing telah membina tapak sokongan di peringkat akar umbi dari awal lagi bagi memudahkan laluan kepada kerusi MB bagi menggantikan TG Nik Aziz. Pertembungan ini telah bermula semenjak awal lagi dan semakin ketara pada tahun 2004 sehinggalah hari ini yang semakin parah dan terbuka.



3.   PAS sedang dilanda oleh PASMA, yang merupakan Serpihan Parti PAS dengan kapasiti NGO, sebagai persediaan untuk menggantikan PAS dalam PR(Pakatanharam Rakyat) sekiranya Golongan Ulama’ berjaya membawa PAS keluar dari PR… PASMA ditubuhkan oleh Pemimpin PAS yang Anti-Ulama’ dan pro BAB_*(Brother Anuwaa Bin Ibrahiem), jadi sebenarnya PASMA adalah singkatan dan Penegasan kepada 
      PUAK ANA SENTIASA MENYOKONG ANUWAA (P A S M A).

4.   Semakin ramai Pemimpin dan Aktivis PAS di peringkat Kawasan, DUN serta Cawangan, terutama golongan muda, telah memprotes secara senyap, melepaskan jawatan dan semakin menjauhi aktiviti parti kerana kecewa dengan pelbagai tindakan Pimpinan Tertinggi PAS dalam menangani isu-isu yang melibatkan Kalimah Allah, Agama Islam dan Bumiputera Melayu.

5.   Golongan Ulama’, Ustaz, Ustazah & Guru-guru Agama serta Masyarakat Pondok semakin menjauhi PAS.

6.   Sebahagian besar Pemimpin peringkat bawahan serta Ahli-ahli PAS semakin KELIRU, BINGUNG DAN MABUK KETUM dengan halatuju dan pendekatan perjuangan PAS sekarang, kerana semakin ramai PEMANDU yang ingin merampas STERENG daripada ULAMA’. Macam-macam Ada… Syiah, Wahabi, Salafi, Khalafi, BAB_*(Brother Anuwaa Bin Ibrahiem), Komunis, Kapitalis, Sosialis, Craziest, Sekular, Liberal, Plural, Singular dan sebagainya.

7.   Sebahagian besar Pemimpin peringkat bawahan, Ahli-ahli PAS serta Rakyat semakin tahu, nampak dan meluat dengan sebahagian besar pemimpin Atasan PAS Kelantan termasuk YB-YB dan bekas YB serta EXCO dan bekas-bekas EXCO yang semakin ligat dan galak mengejar dan ‘mengekah’ HABUAN DUNIA di setiap penjuru yang boleh dikail dengan joran kuasa yang ada pada mereka, tanpa rasa malu dan peduli kepada penyokong PAS serta rakyat yang masih ramai hidup dalam kedaifan dan kesempitan.

8.   Pemimpin, Aktivis, Ahli serta Penyokong PAS semakin ALPA dengan Kehidupan Dunia. Mereka semakin lupa kepada TUJUAN HIDUP yang sebenarnya di Dunia yang FANA ini. Sebahagian besar mereka tidak melaksanakan sepenuhnya beberapa Kewajipan yang telah DIFARDHUKAN oleh ALLAH SWT, seperti tidak menjaga SOLAT 5 WAKTU, tidak tahu membaca Al-Quran, terlibat dengan judi dan nombor ekor, tidak menghubungkan Silatulrahim dengan sesama Islam, malah semakin longgar Ikatan  Ukhuwwah sesama mereka dan sebagainya lagi. Justeru, tunggulah akan BALA & LAKNAT daripada ALLAH SWT.

9.   Selain daripada masalah dalaman,  PAS Kelantan (khususnya golongan Ulama) telah menerima tekanan dan tentangan yang semakin hebat daripada Kafir DAP & PKR, terutama dengan pengisytiharan PAS untuk melaksanakan HUDUD di Kelantan pada tahun 2015 yang akan menjelang beberapa hari lagi. Justeru, bukan setakat HUDUD tak dapat dilaksanakan(HUDUD : YANG AKAN KEKAL SEBAGAI RETORIK POLITIK PAS) malah Barisan EXCO dan pimpinan PAS Negeri Kelantan juga akan dikuasai sepenuhnya oleh puak bukan Ulama yang terdiri daripada BARUA-BARUA KAFIR DAP & PKR… Mungkin Menteri Besar (Us Ahmad Yakob)- yang akan DIKAMBINGHITAMKAN,  yang dikekalkan untuk mengabui mata Ahli PAS, Penyokong dan Rakyat yang mahukan Ulama menjadi MB.


Maka, berdasarkan FAKTA-FAKTA di atas serta Faktor-faktor lain lagi yang tidak dipaparkan, kalau tidak ditangani sebaiknya oleh Pimpinan PAS yang Pro Ulama, tidak mustahil Kerajaan PAS Kelantan akan jatuh atau hancur dalam masa terdekat ini, atau pun kalah dalam PRU ke -14 nanti. Sememangnya ia adalah KEHENDAK & UJIAN ataupun BALA & LAKNAT daripada ALLAH kepada PAS setelah diberi peluang berkuasa semenjak tahun 1990.

WALLAHUA’LAM

(KUMIM)


Rabu, 16 Julai 2014

PELUANG SEMAKAN ARAH KIBLAT SECARA 'LIVE'.


Pada hari ini, 16hb Julai 2014 bersamaan 18 Ramadhan 1435H, pada pukul 5.28 petang nanti, umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya adalah berpeluang untuk menyemak, memperbetul dan mengesahkan arah kiblat secara langsung dan lebih tepat. Ini kerana pada pukul 5.28 petang nanti di panggil WAKTU ISTIWA', yakni waktu matahari berada tepat di atas KAABAH.

Justeru, kita dapat menyemak Arah Kiblat secara 'live' berpandukan pandangan terus ke arah matahari dengan pelbagai kaedah. Antaranya adalah dengan meletakkan sebatang objek yang lurus secara menegak ke arah matahari, arah kiblat yang tepat adalah mengikut bayang yang terhasil daripada objek tersebut. 

Kaedah lain yang agak mudah adalah dengan meletakkan tali yang tergantung lurus di jendela yang menghadap ke arah  matahari pada waktu itu, maka bayang yang terhasil adalah arah kiblat yang tepat.

Kita boleh menyemak samaada untuk masjid, surau, rumah kediaman, dan yang penting juga adalah pejabat-pejabat atau tempat kerja masing-masing, luangkan sedikit masa pada waktu petang nanti untuk menyemak arah kiblat di tempat kita SOLAT sehari-hari di tempat kerja kita kerana ada juga sebahagian surau atau ruang solat yang disediakan di tempat kerja kita tidak begitu tepat dengan Arah Kiblat.

NAMUN, apa yang penting, sempena dengan WAKTU ISTIWA' dan bulan RAMADHAN ALMUBARAK ini, di samping menyemak arah kiblat Kaabah, marilah kita sama-sama menyemak dan perbetulkan KIBLAT hati dan tindakan kita sebagai HAMBA ALLAH yang sebenarnya, khususnya kepada UMAT MELAYU ISLAM di Malaysia kerana kita semua semakin terancam oleh pelbagai serangan secara zahir dan batin, samada oleh golongan kafir laknatullah atau oleh orang Islam sendiri yang mempunyai 'pelbagai KIBLAT'.

WALLAHU'ALAM.

(KUMIM)



Rabu, 15 Januari 2014

SALAM MAULIDUR RASUL (S.A.W) – 12 RABI’UL AWWAL 1435 H

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR KITA, IAITU NABI MUHAMMAD (S.A.W).



Sesungguhnya teramat banyak fakta dan bukti tentang Manfaat, Kebaikan, Kerahmatan, Keajaiban, Kehebatan dan sebagainya yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan detik dan selepas kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W) pada waktu Subuh, hari Isnin, tanggal 12 Rabi’ul Awwal (Tahun Gajah) bersamaan 20 April 571 M *.

Mengikut perkiraan tahun Masihi, bagi tahun 2014, umur Nabi Muhammad (S.A.W) adalah 1,443 tahun… Manakala mengikut perkiraan tahun Hijri, umur Nabi Muhammad (S.A.W) adalah 1,488 tahun.

Dengan perkiraan di atas, teramat jauh masa kehidupan kita sekarang dengan masa kehidupan Nabi Muhammad (S.A.W). Namun, walaupun jarak masa yang teramat jauh, bagi mereka yang CINTA kepada ALLAH (S.W.T) dan Nabi Muhammad (S.A.W), terasa amat dekat sekali, sangat teruja dan tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad (S.A.W).

Sememangnya NABI MUHAMMAD (S.A.W) adalah amat sinonim dengan AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU di MALAYSIA, kerana bangsa MELAYU adalah bangsa yang menjadi PENGANUT dan PENDOKONG utama AGAMA ISLAM yang dibawa oleh NABI MUHAMMAD (S.A.W). Oleh itu jika kita mengaku dan cintakan ISLAM, kita juga hendaklah menyintai Bangsa MELAYU.

Dalam konteks Islam di Malaysia, Bangsa Melayu dan Agama Islam tidak dapat dipisahkan. Dalam dunia setakat hari ini, hanya Bangsa Melayu yang ditafsirkan sebagai wajiblah orang Islam. Sehingga sudah sebati sejak sekian lama, ISLAM adalah MELAYU, dan MELAYU adalah ISLAM. Sebab itulah saya suka menggunakan istilah MELAYU ISLAM. Tidak seperti bangsa-bangsa lain, termasuklah Bangsa Arab, mereka tidak boleh diambilkira sebagai Islam, kerana ramai juga yang beragama Kristian atau Yahudi. Bangsa Indonesia, walaupun ramai yang Islam, tetapi mereka boleh dipersoalkan kerana telah RAMAI YANG DIKRISTIANKAN oleh puak KRISTIAN LAKNATULLAH. Dan sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pihak yang ingin ‘memisahkan’ ISLAM dengan MELAYU, demi untuk menguasai POLITIK MELAYU ISLAM di MALAYSIA, yang sekarang ini ditunjangi oleh BANGSA MELAYU melalui UMNO dan Barisan Nasional.

Bersempena dengan Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama hayati beberapa perkara yang berkaitan dengan Nabi Muhammad (S.A.W), antaranya ialah 4 SIFAT WAJIB bagi NABI MUHAMMAD (S.A.W):

1.   SIDIQ        =        BENAR
2.   AMANAH    =        DIPERCAYAI
3.   TABLIGH    =        MENYAMPAIKAN
4.   FATONAH   =        BIJAKSANA

NABI MUHAMMAD (S.A.W) bukan setakat seorang Nabi dan Rasul yang membawa ajaran ISLAM yang berkisar kepada Keimanan dan amalan ibadat yang khusus kepada ALLAH (S.W.T) sahaja - seperti Solat, Puasa, Haji dan sebagainya. Malah Baginda (S.A.W) adalah seorang Hamba Allah yang Tekun Beribadat, Ahli Politik atau Pemimpin yang Bijaksana, Ahli Perniagaan yang Disegani, Panglima Perang yang Hebat, Suami dan Bapa yang Adil dan Penyayang, serta pelbagai lagi contoh Keperibadian Baginda (S.A.W).

Justeru BANGSA MELAYU, khususnya Pemimpin UMNO hendaklah membuat Transformasi ke arah PENGHAYATAN SIFAT WAJIB Nabi Muhammad (S.A.W) demi KELANGSUNGAN KUASA POLITIK ORANG MELAYU DI MALAYSIA. Kerana dengan Kelangsungan atau Pengekalan Kuasa Politik, Bangsa MELAYU terus dapat mempertahan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM sehingga ke akhir zaman.

Antaranya ialah BIJAKSANA. Semua Bangsa Melayu khususnya Pemimpin UMNO(kerana UMNO sedang menguasai kepimpinan Kerajaan Malaysia) hendaklah BIJAKSANA dalam menangani Pelbagai SERANGAN, PROVOKASI, TUNTUTAN dan TIPU MUSLIHAT para MUSUH MELAYU ISLAM iaitu Puak Pelampau Cina, Pelampau India serta Puak Kristian Laknatullah yang cuba menggugat KUASA POLITIK BANGSA MELAYU. Helah mereka adalah melalui pelbagai pentas sama ada Pentas Politik, NGO, Pendidikan, Kebajikan, Sukan dan sebagainya atas nama Hak Asasi, Liberalisme, Kesamarataan, Pluralisme dan sebagainya.

Oleh itu semua Pemimpin MELAYU, baik dari UMNO, PAS dan PKR, termasuklah NGO Melayu Islam, Para Cendekiawan, Tokoh Usahawan, Tokoh Profesional dan semua PENCINTA MELAYU ISLAM hendaklah sedar tentang ANCAMAN & TIPU MUSLIHAT MUSUH-MUSUH tersebut, dan BERSATULAH KERANA ALLAH (S.W.T) DAN  NABI MUHAMMAD (S.A.W). INSYA-ALLAH.

(KUMIM)