Ahad, 13 Disember 2015

LUAHAN KEPADA DS NAJIB DAN UMNO

(LUAHAN ANAK MUDA MELAYU DAN ISLAM,
SERTA RAKYAT DI MALAYSIA KEPADA DS NAJIB DAN UMNO)

KEHIDUPAN MANUSIA HARI INI SEMAKIN CELARU

Manusia Hari Ini Semakin RAKUS Mengejar Nikmat Kehidupan DUNIA,
Sedangkan DUNIA ini adalah Tempat Persinggahan Yang Sementara.





Tanpa mengenal STATUS siapakah Manusia itu…
Kaya atau Miskin, Cerdik atau Bodoh, Rajin atau Malas, Baik atau Jahat, Pemimpin atau Rakyat, Alim atau Jahil, Sihat atau Sakit dan sebagainya.

Semua Berlumba-lumba mencari Ruang dan Peluang,
atau Bermati-matian Mempertahankan Kedudukan dan Jawatan.

Hakikatnya, HANYA SEDIKIT sahaja yang mengabaikan.





Semua Orang Beranggapan….

Nikmat Kehidupan Dunia adalah berkait rapat dengan WANG dan KUASA.

WANG dan KUASA pula berkait rapat dengan POLITIK.

Jika POLITIK Dikuasai Oleh Mereka Yang RAKUS…. Bukan Sahaja Rakyat, Malah Wang Negeri dan Wang Negara akan Menjadi MANGSA.



Kerana POLITIK, Manusia Hilang Pertimbangan.

Yang Cerdik menjadi Bodoh dan yang Bodoh berlagak Cerdik.
Yang Alim menjadi Jahil, dan yang Jahil berlagak Alim.

Yang FAKTA akan menjadi AUTA,
yang AUTA akan digubah sebagai FAKTA.

Yang BETUL dikatakan SALAH,
yang SALAH akan dipertahankan sebagai BETUL.

Yang BAIK dikatakan JAHAT,
dan yang JAHAT akan ditonjolkan sebagai BAIK.

Yang PUTIH dikatakan HITAM,
dan yang HITAM akan disolek menjadi PUTIH.

Yang KAWAN menjadi LAWAN,
dan yang LAWAN akan dipujuk menjadi KAWAN.


Ketahuilah…

Kami tak ambil kisah jika kecelaruan ini berlaku di negara lain,
Tetapi… Kami ambil kisah kerana ia berlaku di Tanah Air kami, Negara Malaysia yang kami Cintai.

Kami tak ambil kisah jika kecelaruan ini berlaku kepada Bangsa dan Agama lain,
Tetapi… Kami ambil kisah kerana ia berlaku kepada Bangsa dan Agama kami, iaitu Bangsa MELAYU dan beragama ISLAM.

Kami juga tak ambil kisah jika kecelaruan ini berlaku kepada PARTI lain,
Tetapi… Kami ambil kisah kerana ia berlaku kepada PARTI KERAMAT Bangsa MELAYU, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO).

Kerana…
Parti UMNO adalah Parti yang telah Terbukti banyak Berjasa kepada Bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia….

Dulu, UMNO terus gagah…
dengan Para Pemimpin yang Bijak, Hebat, Amanah disamping Halatuju Perjuangan yang Seiringan.
Para Ahli pula yang Berdisiplin, Taat dan Bersatu Padu.
Serta Majoriti Rakyat yang berterusan menyokong UMNO dan BN.

UMNO yang dulu Gagah, Hebat dan Membanggakan…
Kini sedang Hebat Bergelut dengan Pelbagai Isu…

Kebanyakannya adalah Isu Peribadi Pemimpin yang Ditransformasi menjadi ISU PARTI UMNO, seterusnya Menjadi ISU KERAJAAN BARISAN NASIONAL serta ISU NEGARA MALAYSIA.

Semua Orang Tahu… Apakah Masalah UMNO pada hari ini?
Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh Dunia Orang Tahu…

Semua Orang Tahu… Kejayaan Presiden UMNO Merangkap Perdana Menteri Malaysia pada masa ini, iaitu DS Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah banyak membuat Transformasi dalam Kepimpinannya.

Semua Orang Tahu… Pelbagai Faedah yang diperolehi Negara, Kerajaan, Pemimpin dan Rakyat(Khususnya Golongan Miskin).

NAMUN BEGITU….

Semua Orang Tahu… Banyak juga ISU yang Berkait Secara Peribadi dengan Presiden UMNO itu telah Terpalit sama kepada UMNO, Kerajaan serta Negara.

Semua Orang Tahu… Rakyat DIDAHULUKAN Dengan Pelbagai Kemelut, Dan Semakin Terhimpit Dengan Kos Hidup Yang Semakin Tinggi serta Tidak Terkawal.

Semua Orang Tahu… Kebelakangan ini, Rakyat Semakin Marah Dan Cuak Dengan Ketidakcekapan Dan Kepincangan Kerajaan Pimpinan DS Najib.

Semua Orang Tahu… Semua ISU dan Kemarahan Rakyat ini Akan Menjadi KRISIS atau MALAPETAKA BESAR kepada UMNO, Kerajaan  BN serta Negara Malaysia…

JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK DAN SECARA DRASTIK OLEH PEMIMPIN UMNO DI SEMUA PERINGKAT.

Kami Sangat TAKUT, Jika Berlaku Tsunami RAKYAT(Termasuk Sebahagian Besar Ahli dan Pemimpin UMNO di Peringkat Akar Umbi)…
Yang Akan Menghukum UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

JUSTERU… MASA MASIH ADA UNTUK UMNO MERAWAT PENYAKIT BAGI MEMPERBAIKI KEPIMPINAN, Seterusnya Bagi Meraih Kembali Sokongan Dan Kepercayaan Yang Tak Berbelah Bagi Daripada AHLI UMNO, Parti Komponen Barisan Nasional serta Rakyat… Khususnya Para PENGUNDI Pada PRU Yang Akan Datang.

Harus Diingat…

Persengketaan Dan Perdamaian Di Antara Presiden dan Timbalan Presiden serta Team Mereka BUKANLAH Penyelesaian Kepada Permasalahan UMNO…

Mungkin Dengan Perdamaian itu akan Menambahkan Lagi Cengkaman Kuasa DS Najib dan Teamnya Dalam Mentadbir Urus Negara dan WANG RAKYAT dengan Lebih ‘RAKUS’.

Prinsip Kami….

‘Kalaupun Marahkan Nyamuk, Kelambu JANGANLAH Dibakar…
Cari dan HALAU atau BUNUH Nyamuk Itu’

‘Bagi Pesakit Diabetes, Beri Rawatan dan Kaunseling Dahulu, Jika Tak Boleh Dirawat Lagi, POTONGlah Anggota Yang Patut Dipotong itu Walaupun Masih Disayangi’.

‘Seseorang Pemimpin Yang Berjiwa Besar, Bijak dan Berintegriti, hendaklah Berlapang Dada dan Penuh Bertanggungjawab Melepaskan Tanggungjawabnya Jika Terpalit Dengan ISU Besar yang melanda Diri atau Parti Pimpinannya, bagi Mengelakkan Bencana Yang Lebih Besar kepada Parti…  iaitu HUKUMAN RAKYAT dalam PRU’

‘Pemimpin dan Ahli UMNO boleh Datang dan Pergi…
Tapi Parti UMNO, serta Perjuangannya Untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia… WAJIB DIKEKALKAN’

Maka…
Dalam ISU Presiden UMNO ini, bukan Satu, bukan Dua, malah  banyak ISU yang Telah Terbongkar dan Terpalit Sama kepada UMNO menjadi semakin PARAH dan KRITIKAL.

Sehingga….
Hampir SEMUA Pemimpin UMNO di Semua Peringkat,
Serta Pegawai-pegawai Kerajaan MENJADI KEKOK dan seolah-olah ‘Membodohkan’ diri masing-masing untuk “Menegakkan Benang Yang Sememangnya Dah Basah” dalam Sesi Penerangan dan Penjelasan kepada Ahli UMNO Peringkat Akar Umbi dan juga Kepada Rakyat….
untuk Mempertahankan Presiden UMNO selepas Pelbagai ISU Terbongkar.

Mereka Sangat Takut Kepada Presiden UMNO(DS Najib), dan Seolah-olah Menganggap Hanya DS Najib yang Berkuasa Memberi dan Memecat Mereka Daripada Jawatan Yang Disandang atau Saluran Bisnes(yang menjadi Punca Rezeki Mereka).

Memang Tidak Boleh DINAFIKAN….
Rakyat… Ramai Yang Lebih CERDIK daripada Pemimpin UMNO…
Dibantu dengan Pelbagai Gajet Canggih dan Dunia Tanpa Sempadan…

Walaupun kebelakangan ini ramai Golongan Muda di kalangan Kami yang cenderung kepada Parti Pembangkang, namun…

Jauh di lubuk hati kami supaya UMNO (dan BN) terus DIPILIH dan DIBERI MANDAT oleh RAKYAT untuk terus MENGUASAI KERAJAAN MALAYSIA sehingga ke akhir zaman….

TETAPI DENGAN SYARAT…

UMNO hendaklah DIPIMPIN oleh PEMIMPIN yang…
BERIMAN, BIJAK, BENAR, BERSIH dan BERINTEGRITI (5B).

INSYA-ALLAH.


(KUMIM)





























Rabu, 14 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437 H


“HIJRAH dalam erti kata sebenar adalah kita wajib berusaha membawa diri (dengan seluruh jiwa dan raga) kearah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, sehinggalah kita dijemput oleh ALLAH SWT dari dunia yang fana ini”.


Sayugia diingatkan, untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT tidaklah semestinya melalui ibadat khusus sahaja (seperti Solat, Puasa, Baca Quran, Zikir dan sebagainya) malah ia merangkumi semua aspek kehidupan diri kita dan bermasyarakat, termasuklah hubungan dan tindakan kita terhadap makhluk dan alam ciptaan ALLAH SWT.

Justeru, dengan kehidupan sebagai seorang Muslim yang semakin mencabar dalam dunia hari ini, kita hendaklah mengingati kembali APAKAH TUJUAN ALLAH MENCIPTA KITA UNTUK HIDUP YANG HANYA SEMENTARA SAHAJA DI DUNIA YANG FANA INI?

Semoga dengan kehadiran tahun 1437 H ini akan menjadi titik tolak untuk kita menggapai matlamat hidup yang lebih bermanfaat dan DIREDHAI oleh ALLAH SWT bukan sahaja untuk diri dan keluarga, malah untuk seluruh UMAT MELAYU & ISLAM di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.  

INSYA-ALLAH.

Kumim

Selasa, 15 September 2015

ROS… JANGAN BENARKAN PENGGUNAAN NAMA PARTI SEBAGAI PARTI AMANAH NEGARA (PAN).



Kerana, pada pendapat Kumim…

Istilah atau Ungkapan atau Nama yang diNEGARAkan adalah Hak Milik Rasmi dan hanya satu sahaja untuk sesebuah Negara.

Contoh dan Fakta :

Masjid Negara, Majlis Keselamatan Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Majlis Sukan Negara, Atlit Sukan Negara dan sebagainya, di mana Individu, kumpulan atau entiti tersebut telah digazetkan oleh Kerajaan yang memerintah sebagai Hak Milik Rasmi negara. 

Jadi, semua orang sudah faham dan tahu istilah ‘Negara’ tersebut.

Justeru, permohonan kumpulan serpihan daripada Parti PAS, iaitu Gerakan Harapan Baru(GHB) yang ingin menukar nama Parti Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara(PAN) hendaklah ditolak dan tidak dibenarkan.

Setelah tewas dalam Muktamar Agung Tahunan PAS pada Jun 2015 yang lalu, GHB telah menumpang dan ingin menguasai ‘kenderaan’ Parti Pekerja Malaysia(PPM) yang masih wujud, tetapi tidak aktif. 

GHB telah bercadang untuk melancarkan PAN secara rasmi pada 16 September 2015, iaitu esok sempena dengan Hari Malaysia.



 CADANGAN KEPADA GHB;

Tukar kepada Nama yang berikut;

1.   PARTI AMANAH PROGRESIF (PAP)
- Jika tak nak sama dengan nama PAP Singapura, boleh pilih…

2.   PARTI AMANAH DEMOKRATIK (PAD)

-      Atau yang paling CUN adalah;

3.   PARTI AMANAH, PROGRESIF, PEDULI DAN INTEGRITI (PAPPI).
- Nama ini teramat sesuai dengan Dasar Perjuangan dan Moto Puak Gerakan Harapan Baru(GHB).

Sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Agensi-agensi berkaitan seperti ROS, SSM, JPN dan sebagainya hendaklah ‘lebih’ cakna dan sensitif tentang penggunaan NAMA yang bersesuaian dengan entiti atau individu yang hendak diNAMAkan.

KUMIM


Selasa, 31 Mac 2015

ALAHAI GST!!! APA SEBENARNYA YANG HENDAK DITAKUT DAN DIGERUNKAN???


1hb APRIL 2015 adalah tarikh pelaksanaan secara rasmi GST iaitu Goods & Services Tax atau Cukai Barangan & Perkhidmatan di Malaysia… setelah melalui melalui pelbagai Halangan dan Tentangan.

Sememangnya Kerajaan BN khususnya UMNO dibawah pimpinan DS Najib sangat lemah dalam menangani isu GST walaupun pengumuman untuk pelaksanaan GST telah dibuat dalam tempoh yang agak lama.

Apakah PERANAN semua Parti Komponen dalam BN, khususnya UMNO???
Apakah PERANAN Ketua Penerangan di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan???
Apakah PERANAN Ketua dan Ketua Penerangan Sayap-sayap Parti (Pemuda, Puteri dan Wanita)???

Apakah peranan mereka semua dalam membantu Kerajaan (khususnya Perdana Menteri) dan Kementerian serta Jabatan yang terlibat secara langsung dengan GST???

Sepatutnya mereka yang lebih terkehadapan dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi memberi penerangan dan pencerahan kepada rakyat tentang FAKTA sebenar GST, yang merangkumi Keperluan, Kebaikan dan Konsep Pelaksanaan GST di Malaysia ini, di samping Bukti dan Bandingan Pelaksanaan di banyak negara lain.

TETAPI SEBALIKNYA….

Rakyat telah didahului dengan AUTA tentang penganiayaan dan bebanan yang akan ditanggung oleh Rakyat akibat GST. Hebahan AUTA yang telah dibuat oleh Pihak Pembangkang, melalui Ceramah dan Himpunan yang ternyata mendapat Sambutan dan Kemarahan sebahagian besar rakyat, sedangkan ramai yang masih tidak mengetahui dengan jelas Apakah GST.

AKIBATNYA :

RAKYAT MARAHKAN KERAJAAN(BN, UMNO DAN DS NAJIB)…

PARA PENIAGA* DENGAN SENYUM MENGAUT UNTUNG YANG LEBIH TINGGI DENGAN ALASAN… GST.


(Kumim)

Jumaat, 27 Mac 2015

PAKATAN RAKYAT(PR) ADALAH PENGANUT TEGAR AMALAN LUAR TABIE

Walaupun dah tahu bahawa Amalan Luar Tabie itu adalah Tidak Normal dan salah di sisi Agama Islam serta Undang-undang, tapi demi kasih sayang yang membara dan ingin menjaga hubungan intim yang sudah lama terjalin, maka Pemimpin dan Penyokong Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS) tetap melakukannya samada secara sembunyi atau pun secara terbuka. Mereka saling restu merestui, kekadang secara sukarela dan kekadang secara paksarela.



Bermula dengan kes Pemimpin Teragung mereka, kini amalan itu semakin merebak dan menjadi ikutan hampir semua peringkat Pimpinan dan Penyokong ketiga-tiga parti dalam PR tersebut.

TERBARU, parti yang sentiasa memusuhi Islam dan Melayu, iaitu DAP telah membuat pengisytiharan dengan menjatuhkan Talak(melafazkan cerai) hanya kepada Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS. Senario ini adalah seumpama Sang Suami yang marahkan Sang Isteri, tapi telah melafazkan cerai terhadap Pak Mertuanya. (Tidakkah ini salah satu Amalan Luar Tabie?)



Ini adalah lanjutan daripada ISU HUDUD yang diperjuangkan oleh Parti PAS, bukan oleh Haji Hadi seorang.

Semoga dengan TENTANGAN secara TERBUKA oleh DAP, PKR dan rakan sekutu Kafir Laknatullah (termasuk MCA, Gerakan & MIC) ini akan memberi KEKUATAN kepada Golongan Ulama’ dalam PAS untuk BERSATU dan meneruskan Agenda HUDUD, tidak lain HANYALAH KERANA ALLAH SWT.

Ketika inilah Pemimpin & Penyokong Ulama’ PAS boleh Mengenali dan Menilai siapakah KAWAN, siapakah LAWAN yang sebenarnya, termasuklah siapakah Golongan JUHALAK dan BARUA yang menyusup dalam Saf Kepimpinan PAS yang ingin menJAHANAMkan Parti PAS dari dalam. (Majoriti Pemimpin UMNO menyokong HUDUD yang diperjuangkan oleh PAS)




Ketika inilah juga Golongan Ulama’ PAS dan juga Pemimpin UMNO patut membuat Penilaian Semula dan memberi Penekanan terhadap Agenda Penyatuan ISLAM & MELAYU.

NAMUN, apa yang DITAKUTI adalah Pemimpin Ulama’ PAS sendiri yang TERLAJAK AMALAN LUAR TABIE…. Iaitu mereka akan TUNDUK kepada Golongan JUHALAK & BARUA dalam PAS… Tarik Hand Brake daripada meneruskan HUDUD,.. seterusnya  MEMAAFKAN dan kembali Menjalinkan Hubungan Intim dan BERMANJA MESRA dengan DAP….. NA’UZUBILLAHIMINZALIK.

     " SAYANGILAH ISLAM DAN MELAYU KITA "

(Kumim)



Ahad, 22 Mac 2015

PRK N.06 DUN CHEMPAKA : KESIAN KEPADA PENGUNDI PAS

Kerana mereka terlepas peluang untuk merasai limpahan ‘HABUAN’ yang biasa dinikmati oleh warga dalam kawasan Pilihan Raya Kecil(PRK).




Walaupun PAS menerima keputusan UMNO/BN yang tidak meletakkan Calon pada PRK ini, hakikatnya sebahagian besar pemimpin dan pengundi PAS amat marah kepada UMNO/BN kerana tiada apa-apa ‘Projek Pembangunan’ yang biasanya dibuat oleh UMNO/BN pada setiap PRK yang mereka tandingi.

SYABAS buat Pemimpin UMNO yang lebih cerdik dalam berpolitik.  

Mungkin Pilihan Raya Kecil bagi N.06 Dun Chempaka ini adalah yang paling hambar dan sepi dalam sejarah politik Malaysia, kerana TIDAK ADA; perang poster antara BN dan parti lawan, ceramah-ceramah besar, kunjungan pemimpin dan jentera parti dari seluruh negara, kadar sewa rumah yang berlipat kali ganda, harga makanan yang melambung, peniaga yang bercambah dan mencekik darah, kesibukan lalu-lintas dan sebagainya.

Yang ada hanyalah sebilangan poster PAS yang terpaksa dibuat juga untuk menampakkan kehebatan PAS bagi melawan asakan Calon Bebas yang tidak boleh dipandang ringan oleh PAS walaupun Dun Chempaka adalah antara kubu terkuat PAS di dunia.

Apa pun, SELAMAT MENGUNDI kepada semua pengundi dalam PRK N.06 Dun Chempaka pada hari Ahad, 22hb Mac 2015.

Dan KEPUTUSANNYA … 99% sudah dapat menjangkanya. WALLAHU’ALAM.



Kumim

Jumaat, 13 Februari 2015

AL-FATIHAH.... ALMARHUM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

AL-FATIHAH

Marilah sama-sama mengulangi bacaaan AL-FATIHAH untuk kita sedekahkan kepada Almarhum Tok Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat.



ALMARHUM TOK GURU
Telah Kembali Ke Rahmatullah pada 12/02/2015 @ 9.40 malam
Malam Jumaat(Penghulu Segala Hari)


Sesungguhnya petang semalam (12/02/2015) adalah bermulanya detik kelam kepada agenda perjuangan Islam di Malaysia khususnya kepada Parti PAS. Keadaan kesihatan Almarhum Tok Guru yang agak stabil sebelum ini selepas dimasukkan ke Wad HUSM, Kubang Kerian,  telah kembali merosot, sehinggalah dibenarkan oleh para Doktor untuk dibawa pulang ke rumah. 

Tidak sampai satu jam di rumah, Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah menghembuskan nafas terakhir padaJam 9.40 malam, dengan dikelilingi oleh isteri tercinta dan anak-anak yang sangat dikasihinya.

Sememangnya Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT akan meninggal dunia di rumah sendiri pada malam yang sangat Mulia dan Berkat, iaitu Malam Jumaat yang sangat diimpikan oleh setiap Muslim untuk menghembuskan nafas terakhir pada Malam atau Hari Jumaat.(Semoga kita juga akan dianugerahkan oleh Allah SWT dengan Husnul Khatimah, pada Malam Jumaat. Insya-Allah)

Hakikatnya, Tok Guru Nik Aziz adalah satu satu IKON dan IDOLA dalam perjuangan Islam di Malaysia yang tidak dapat dinafikan oleh Kawan dan Lawan. Terlalu banyak Contoh dan Teladan yang dapat diambil daripada Almarhum, daripada Karektor, Kepimpinan, Penampilan, Ucapan, Pemikiran, Ibadat, Ilmu dan sebagainya yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama.

Namun begitu, memang manusia tidak akan sempurna segalanya, begitulah juga dengan Almarhum Tok Guru yang tidak dapat lari daripada kekurangan, kelemahan dan kesilapan dalam beberapa aspek.(Semoga kita sama-sama memaafkan Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang telah memohon maaf daripada segenap lapisan masyarakat di atas segala kelemahan dan kesilapan beliau sepanjang memimpin Rakyat khususya sepanjang menjadi Wakil Rakyat dan Menteri Besar Kelantan)

Kematian Almarhum Tok Guru Nik Aziz adalah merupakan satu kehilangan besar kepada negara Malaysia, khususnya negeri Kelantan Darulnaim. Kehilangan yang tidak akan ada Galang Ganti lagi, lebih-lebih lagi dalam kehidupan kini yang terlalu banyak cabaran hidup khususnya kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia. Kematian Almarhum ibarat  “Patah Tak Tumbuh, Hilang Tak Berganti”.

Justeru marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan masing-masing, tinggalkan episod lama, mulakan dengan episod baru yang lebih menguntung dan memperkasakan lagi Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Semoga ALLAH SWT menyampaikan Pahala Sedekah Al-Fatihah kita kepada Roh Almarhum Tok Guru Nik Aziz, serta menempatkan Roh Almarhum bersama para Syuhada’ dan Solehin… INSYA-ALLAH.

ALLAHU AKBAR.

Kumim