Jumaat, 13 Februari 2015

AL-FATIHAH.... ALMARHUM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

AL-FATIHAH

Marilah sama-sama mengulangi bacaaan AL-FATIHAH untuk kita sedekahkan kepada Almarhum Tok Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat.



ALMARHUM TOK GURU
Telah Kembali Ke Rahmatullah pada 12/02/2015 @ 9.40 malam
Malam Jumaat(Penghulu Segala Hari)


Sesungguhnya petang semalam (12/02/2015) adalah bermulanya detik kelam kepada agenda perjuangan Islam di Malaysia khususnya kepada Parti PAS. Keadaan kesihatan Almarhum Tok Guru yang agak stabil sebelum ini selepas dimasukkan ke Wad HUSM, Kubang Kerian,  telah kembali merosot, sehinggalah dibenarkan oleh para Doktor untuk dibawa pulang ke rumah. 

Tidak sampai satu jam di rumah, Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah menghembuskan nafas terakhir padaJam 9.40 malam, dengan dikelilingi oleh isteri tercinta dan anak-anak yang sangat dikasihinya.

Sememangnya Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT akan meninggal dunia di rumah sendiri pada malam yang sangat Mulia dan Berkat, iaitu Malam Jumaat yang sangat diimpikan oleh setiap Muslim untuk menghembuskan nafas terakhir pada Malam atau Hari Jumaat.(Semoga kita juga akan dianugerahkan oleh Allah SWT dengan Husnul Khatimah, pada Malam Jumaat. Insya-Allah)

Hakikatnya, Tok Guru Nik Aziz adalah satu satu IKON dan IDOLA dalam perjuangan Islam di Malaysia yang tidak dapat dinafikan oleh Kawan dan Lawan. Terlalu banyak Contoh dan Teladan yang dapat diambil daripada Almarhum, daripada Karektor, Kepimpinan, Penampilan, Ucapan, Pemikiran, Ibadat, Ilmu dan sebagainya yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama.

Namun begitu, memang manusia tidak akan sempurna segalanya, begitulah juga dengan Almarhum Tok Guru yang tidak dapat lari daripada kekurangan, kelemahan dan kesilapan dalam beberapa aspek.(Semoga kita sama-sama memaafkan Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang telah memohon maaf daripada segenap lapisan masyarakat di atas segala kelemahan dan kesilapan beliau sepanjang memimpin Rakyat khususya sepanjang menjadi Wakil Rakyat dan Menteri Besar Kelantan)

Kematian Almarhum Tok Guru Nik Aziz adalah merupakan satu kehilangan besar kepada negara Malaysia, khususnya negeri Kelantan Darulnaim. Kehilangan yang tidak akan ada Galang Ganti lagi, lebih-lebih lagi dalam kehidupan kini yang terlalu banyak cabaran hidup khususnya kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia. Kematian Almarhum ibarat  “Patah Tak Tumbuh, Hilang Tak Berganti”.

Justeru marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan masing-masing, tinggalkan episod lama, mulakan dengan episod baru yang lebih menguntung dan memperkasakan lagi Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Semoga ALLAH SWT menyampaikan Pahala Sedekah Al-Fatihah kita kepada Roh Almarhum Tok Guru Nik Aziz, serta menempatkan Roh Almarhum bersama para Syuhada’ dan Solehin… INSYA-ALLAH.

ALLAHU AKBAR.

Kumim




Selasa, 10 Februari 2015

BERITA TERKINI… MUKTAMAD: ANWAR BERSALAH




INSYA-ALLAH, mungkin inilah TAJUK UTAMA di dalam BERITA di Malaysia dan seluruh dunia yang akan disiarkan pada tengahari nanti.

Sesungguhnya inilah keputusan yang dinanti-nantikan oleh majoriti besar Umat Melayu Islam di Malaysia pada hari ini, tanggal 10hb Februari 2015.

Keputusan ini juga amat ditakutkan oleh Kaum Cina khususnya dalam DAP dan PR(Pakatanharam Rakyat).

Oleh itu, marilah kita sama-sama BERDOA:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala Puji dan Syukur hanyalah kepada-Mu Ya Allah.

Selawat dan Salam kepada Junjungan Kami dan juga Kekasih-Mu iaitu Nabi Muhammad SAW.

YA ALLAH yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Hari ini adalah hari Keputusan Akhir Kes Liwat II DS Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman, Putrajaya.  

Jika Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes liwat beliau terhadap pembantunya, maka Engkau jadikanlah Panel Hakim dengan sebulat suara membuat keputusan menolak rayuan Anwar, seterusnya mengekalkan beberapa Keputusan Mahkamah sebelum ini yang mensabitkan beliau bersalah meliwat pembantunya itu.

YA ALLAH, Engkau jadikanlah hukuman PENJARA itu adalah tempat yang sebaiknya untuk beliau beristirahat dan bersara daripada tugasan politiknya.

Engkau berikanlah Hidayah kepadanya supaya beliau dapat Bertaubat Nasuha dan meninggalkan perlakuan Maksiat dan Dosa besar itu, dan dosa-dosa lain.

Engkau kurniakanlah juga  kesihatan yang baik kepadanya, supaya beliau dapat bertaubat dan beribadat dengan tenang dan tekun, tanpa gangguan samada daripada Rakyat, Kawan atau Lawan beliau.

YA ALLAH, jika Anwar Ibrahim memang tidak bersalah dalam kes liwat ini, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu supaya Engkau MATIKANLAH Watak Anwar Ibrahim daripada Pentas Politik dalam negara Malaysia ini.

Kerana sesungguhnya Watak Brother Anwar Bin Ibrahim serta konco-konconya telah memainkan peranan dan asbab yang besar dalam serangan beliau bersama kaum lain untuk menjatuhkan serta menghancurkan Kuasa Politik MELAYU ISLAM, seterusnya menggugat kedudukan Agama Islam dan Bangsa Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini.

Jika Engkau tidak mematikan Watak Politik Brother Anwar Bin Ibrahim dengan segera, kami takut kami tidak mampu menahan tindakan beliau bersama DAP dan Pakatanharam Rakyat serta Golongan Kafir Laknatullah yang sentiasa meningkatkan provokasi dan tindakan mengggangu gugat serta menyerang Agama Islam dan Bangsa Melayu dengan pelbagai cara.

Dalam pada itu, Engkau berikanlah kekuatan kepada kami serta satukanlah hati kami dalam perjuangan menentang musuh Engkau dan musuh kami dalam memperkasakan Agama Islam di Malaysia khasnya dan global amnya.

Sesungguhnya kami semua berserah kepada Engkau Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Amin Ya Rabbal Alamin.


KUMIM