Halaman

Ahad, 22 Mac 2015

PRK N.06 DUN CHEMPAKA : KESIAN KEPADA PENGUNDI PAS

Kerana mereka terlepas peluang untuk merasai limpahan ‘HABUAN’ yang biasa dinikmati oleh warga dalam kawasan Pilihan Raya Kecil(PRK).




Walaupun PAS menerima keputusan UMNO/BN yang tidak meletakkan Calon pada PRK ini, hakikatnya sebahagian besar pemimpin dan pengundi PAS amat marah kepada UMNO/BN kerana tiada apa-apa ‘Projek Pembangunan’ yang biasanya dibuat oleh UMNO/BN pada setiap PRK yang mereka tandingi.

SYABAS buat Pemimpin UMNO yang lebih cerdik dalam berpolitik.  

Mungkin Pilihan Raya Kecil bagi N.06 Dun Chempaka ini adalah yang paling hambar dan sepi dalam sejarah politik Malaysia, kerana TIDAK ADA; perang poster antara BN dan parti lawan, ceramah-ceramah besar, kunjungan pemimpin dan jentera parti dari seluruh negara, kadar sewa rumah yang berlipat kali ganda, harga makanan yang melambung, peniaga yang bercambah dan mencekik darah, kesibukan lalu-lintas dan sebagainya.

Yang ada hanyalah sebilangan poster PAS yang terpaksa dibuat juga untuk menampakkan kehebatan PAS bagi melawan asakan Calon Bebas yang tidak boleh dipandang ringan oleh PAS walaupun Dun Chempaka adalah antara kubu terkuat PAS di dunia.

Apa pun, SELAMAT MENGUNDI kepada semua pengundi dalam PRK N.06 Dun Chempaka pada hari Ahad, 22hb Mac 2015.

Dan KEPUTUSANNYA … 99% sudah dapat menjangkanya. WALLAHU’ALAM.



Kumim

Tiada ulasan: