Khamis, 10 November 2016

‘MALAPETAKA’ TERBARU KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA





Namun, sebagai UMAT ISLAM… Kita masih ada ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

Firman ALLAH dalam Al-Quran;


Yang bermaksud; Mereka merancang, Allah pun merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang. (Surah Al-Imran, Ayat 54)

Ada beberapa kemungkinan apabila Mr Trump memulakan tugas secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2017.

Jika beliau berterusan sebagaimana dalam kempen pilihanraya, iaitu tindakan provokasi terhadap ISLAM, khususnya kepada rakyatnya serta pendatang  yang beragama Islam dan juga terhadap Isu Palestin dan negara-negara Islam di seluruh Dunia…

Kemungkinan jangka hayatnya ‘tidak panjang’.

Kemungkinan akan bertambah lagi Kumpulan Pejuang Islam yang lebih Ekstrim.

Kemungkinan berlaku lebih banyak peperangan termasuk di negara-negara bukan Islam, yang boleh membawa kepada Perang Dunia Ke-3 (WWIII).

Dan… mungkin Rahmat kepada Seluruh Umat Islam kerana ia akan menjadikan Umat Islam Lebih Bersatu dalam menentang Dasar Mr Trump tersebut.

Walau apa pun kemungkinan... 

Semoga seluruh Umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya lebih teguh Keimanan terhadap ALLAH SWT, serta lebih tekun ke arah unsur-unsur Penyatuan dan Solidariti bagi mempertahankan Aqidah dan Hak-hak Umat Islam di muka bumi pada hari ini sehingga ke akhir zaman…

INSYA-ALLAH…. ALLAHUAKBAR.

Wallahua’lam.

(KUMIM)


Catat Ulasan