Halaman

Rabu, 14 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437 H


“HIJRAH dalam erti kata sebenar adalah kita wajib berusaha membawa diri (dengan seluruh jiwa dan raga) kearah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, sehinggalah kita dijemput oleh ALLAH SWT dari dunia yang fana ini”.


Sayugia diingatkan, untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT tidaklah semestinya melalui ibadat khusus sahaja (seperti Solat, Puasa, Baca Quran, Zikir dan sebagainya) malah ia merangkumi semua aspek kehidupan diri kita dan bermasyarakat, termasuklah hubungan dan tindakan kita terhadap makhluk dan alam ciptaan ALLAH SWT.

Justeru, dengan kehidupan sebagai seorang Muslim yang semakin mencabar dalam dunia hari ini, kita hendaklah mengingati kembali APAKAH TUJUAN ALLAH MENCIPTA KITA UNTUK HIDUP YANG HANYA SEMENTARA SAHAJA DI DUNIA YANG FANA INI?

Semoga dengan kehadiran tahun 1437 H ini akan menjadi titik tolak untuk kita menggapai matlamat hidup yang lebih bermanfaat dan DIREDHAI oleh ALLAH SWT bukan sahaja untuk diri dan keluarga, malah untuk seluruh UMAT MELAYU & ISLAM di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.  

INSYA-ALLAH.

Kumim