1hb APRIL 2015 adalah tarikh
pelaksanaan secara rasmi GST iaitu Goods & Services Tax atau Cukai Barangan
& Perkhidmatan di Malaysia… setelah melalui melalui pelbagai Halangan dan Tentangan.
Sememangnya Kerajaan BN khususnya UMNO
dibawah pimpinan DS Najib sangat lemah dalam menangani isu GST walaupun
pengumuman untuk pelaksanaan GST telah dibuat dalam tempoh yang agak lama.
Apakah PERANAN semua Parti Komponen
dalam BN, khususnya UMNO???
Apakah PERANAN Ketua Penerangan di peringkat
Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan???
Apakah PERANAN Ketua dan Ketua
Penerangan Sayap-sayap Parti (Pemuda, Puteri dan Wanita)???
Apakah peranan mereka semua dalam membantu
Kerajaan (khususnya Perdana Menteri) dan Kementerian serta Jabatan yang terlibat
secara langsung dengan GST???
Sepatutnya mereka yang lebih
terkehadapan dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti
bagi memberi penerangan dan pencerahan kepada rakyat tentang FAKTA sebenar GST,
yang merangkumi Keperluan, Kebaikan dan Konsep Pelaksanaan GST di Malaysia ini,
di samping Bukti dan Bandingan Pelaksanaan di banyak negara lain.
TETAPI SEBALIKNYA….
Rakyat telah didahului dengan AUTA
tentang penganiayaan dan bebanan yang akan ditanggung oleh Rakyat akibat GST.
Hebahan AUTA yang telah dibuat oleh Pihak Pembangkang, melalui Ceramah dan Himpunan
yang ternyata mendapat Sambutan dan Kemarahan sebahagian besar rakyat,
sedangkan ramai yang masih tidak mengetahui dengan jelas Apakah GST.
AKIBATNYA :
RAKYAT MARAHKAN KERAJAAN(BN, UMNO DAN
DS NAJIB)…
PARA PENIAGA* DENGAN SENYUM MENGAUT UNTUNG YANG LEBIH TINGGI DENGAN ALASAN…
GST.
(Kumim)