Halaman

Ahad, 13 Disember 2015

LUAHAN KEPADA DS NAJIB DAN UMNO

(LUAHAN ANAK MUDA MELAYU DAN ISLAM,
SERTA RAKYAT DI MALAYSIA KEPADA DS NAJIB DAN UMNO)

KEHIDUPAN MANUSIA HARI INI SEMAKIN CELARU

Manusia Hari Ini Semakin RAKUS Mengejar Nikmat Kehidupan DUNIA,
Sedangkan DUNIA ini adalah Tempat Persinggahan Yang Sementara.





Tanpa mengenal STATUS siapakah Manusia itu…
Kaya atau Miskin, Cerdik atau Bodoh, Rajin atau Malas, Baik atau Jahat, Pemimpin atau Rakyat, Alim atau Jahil, Sihat atau Sakit dan sebagainya.

Semua Berlumba-lumba mencari Ruang dan Peluang,
atau Bermati-matian Mempertahankan Kedudukan dan Jawatan.

Hakikatnya, HANYA SEDIKIT sahaja yang mengabaikan.





Semua Orang Beranggapan….

Nikmat Kehidupan Dunia adalah berkait rapat dengan WANG dan KUASA.

WANG dan KUASA pula berkait rapat dengan POLITIK.

Jika POLITIK Dikuasai Oleh Mereka Yang RAKUS…. Bukan Sahaja Rakyat, Malah Wang Negeri dan Wang Negara akan Menjadi MANGSA.



Kerana POLITIK, Manusia Hilang Pertimbangan.

Yang Cerdik menjadi Bodoh dan yang Bodoh berlagak Cerdik.
Yang Alim menjadi Jahil, dan yang Jahil berlagak Alim.

Yang FAKTA akan menjadi AUTA,
yang AUTA akan digubah sebagai FAKTA.

Yang BETUL dikatakan SALAH,
yang SALAH akan dipertahankan sebagai BETUL.

Yang BAIK dikatakan JAHAT,
dan yang JAHAT akan ditonjolkan sebagai BAIK.

Yang PUTIH dikatakan HITAM,
dan yang HITAM akan disolek menjadi PUTIH.

Yang KAWAN menjadi LAWAN,
dan yang LAWAN akan dipujuk menjadi KAWAN.


Ketahuilah…

Kami tak ambil kisah jika kecelaruan ini berlaku di negara lain,
Tetapi… Kami ambil kisah kerana ia berlaku di Tanah Air kami, Negara Malaysia yang kami Cintai.

Kami tak ambil kisah jika kecelaruan ini berlaku kepada Bangsa dan Agama lain,
Tetapi… Kami ambil kisah kerana ia berlaku kepada Bangsa dan Agama kami, iaitu Bangsa MELAYU dan beragama ISLAM.

Kami juga tak ambil kisah jika kecelaruan ini berlaku kepada PARTI lain,
Tetapi… Kami ambil kisah kerana ia berlaku kepada PARTI KERAMAT Bangsa MELAYU, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO).

Kerana…
Parti UMNO adalah Parti yang telah Terbukti banyak Berjasa kepada Bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia….

Dulu, UMNO terus gagah…
dengan Para Pemimpin yang Bijak, Hebat, Amanah disamping Halatuju Perjuangan yang Seiringan.
Para Ahli pula yang Berdisiplin, Taat dan Bersatu Padu.
Serta Majoriti Rakyat yang berterusan menyokong UMNO dan BN.

UMNO yang dulu Gagah, Hebat dan Membanggakan…
Kini sedang Hebat Bergelut dengan Pelbagai Isu…

Kebanyakannya adalah Isu Peribadi Pemimpin yang Ditransformasi menjadi ISU PARTI UMNO, seterusnya Menjadi ISU KERAJAAN BARISAN NASIONAL serta ISU NEGARA MALAYSIA.

Semua Orang Tahu… Apakah Masalah UMNO pada hari ini?
Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh Dunia Orang Tahu…

Semua Orang Tahu… Kejayaan Presiden UMNO Merangkap Perdana Menteri Malaysia pada masa ini, iaitu DS Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah banyak membuat Transformasi dalam Kepimpinannya.

Semua Orang Tahu… Pelbagai Faedah yang diperolehi Negara, Kerajaan, Pemimpin dan Rakyat(Khususnya Golongan Miskin).

NAMUN BEGITU….

Semua Orang Tahu… Banyak juga ISU yang Berkait Secara Peribadi dengan Presiden UMNO itu telah Terpalit sama kepada UMNO, Kerajaan serta Negara.

Semua Orang Tahu… Rakyat DIDAHULUKAN Dengan Pelbagai Kemelut, Dan Semakin Terhimpit Dengan Kos Hidup Yang Semakin Tinggi serta Tidak Terkawal.

Semua Orang Tahu… Kebelakangan ini, Rakyat Semakin Marah Dan Cuak Dengan Ketidakcekapan Dan Kepincangan Kerajaan Pimpinan DS Najib.

Semua Orang Tahu… Semua ISU dan Kemarahan Rakyat ini Akan Menjadi KRISIS atau MALAPETAKA BESAR kepada UMNO, Kerajaan  BN serta Negara Malaysia…

JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK DAN SECARA DRASTIK OLEH PEMIMPIN UMNO DI SEMUA PERINGKAT.

Kami Sangat TAKUT, Jika Berlaku Tsunami RAKYAT(Termasuk Sebahagian Besar Ahli dan Pemimpin UMNO di Peringkat Akar Umbi)…
Yang Akan Menghukum UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

JUSTERU… MASA MASIH ADA UNTUK UMNO MERAWAT PENYAKIT BAGI MEMPERBAIKI KEPIMPINAN, Seterusnya Bagi Meraih Kembali Sokongan Dan Kepercayaan Yang Tak Berbelah Bagi Daripada AHLI UMNO, Parti Komponen Barisan Nasional serta Rakyat… Khususnya Para PENGUNDI Pada PRU Yang Akan Datang.

Harus Diingat…

Persengketaan Dan Perdamaian Di Antara Presiden dan Timbalan Presiden serta Team Mereka BUKANLAH Penyelesaian Kepada Permasalahan UMNO…

Mungkin Dengan Perdamaian itu akan Menambahkan Lagi Cengkaman Kuasa DS Najib dan Teamnya Dalam Mentadbir Urus Negara dan WANG RAKYAT dengan Lebih ‘RAKUS’.

Prinsip Kami….

‘Kalaupun Marahkan Nyamuk, Kelambu JANGANLAH Dibakar…
Cari dan HALAU atau BUNUH Nyamuk Itu’

‘Bagi Pesakit Diabetes, Beri Rawatan dan Kaunseling Dahulu, Jika Tak Boleh Dirawat Lagi, POTONGlah Anggota Yang Patut Dipotong itu Walaupun Masih Disayangi’.

‘Seseorang Pemimpin Yang Berjiwa Besar, Bijak dan Berintegriti, hendaklah Berlapang Dada dan Penuh Bertanggungjawab Melepaskan Tanggungjawabnya Jika Terpalit Dengan ISU Besar yang melanda Diri atau Parti Pimpinannya, bagi Mengelakkan Bencana Yang Lebih Besar kepada Parti…  iaitu HUKUMAN RAKYAT dalam PRU’

‘Pemimpin dan Ahli UMNO boleh Datang dan Pergi…
Tapi Parti UMNO, serta Perjuangannya Untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia… WAJIB DIKEKALKAN’

Maka…
Dalam ISU Presiden UMNO ini, bukan Satu, bukan Dua, malah  banyak ISU yang Telah Terbongkar dan Terpalit Sama kepada UMNO menjadi semakin PARAH dan KRITIKAL.

Sehingga….
Hampir SEMUA Pemimpin UMNO di Semua Peringkat,
Serta Pegawai-pegawai Kerajaan MENJADI KEKOK dan seolah-olah ‘Membodohkan’ diri masing-masing untuk “Menegakkan Benang Yang Sememangnya Dah Basah” dalam Sesi Penerangan dan Penjelasan kepada Ahli UMNO Peringkat Akar Umbi dan juga Kepada Rakyat….
untuk Mempertahankan Presiden UMNO selepas Pelbagai ISU Terbongkar.

Mereka Sangat Takut Kepada Presiden UMNO(DS Najib), dan Seolah-olah Menganggap Hanya DS Najib yang Berkuasa Memberi dan Memecat Mereka Daripada Jawatan Yang Disandang atau Saluran Bisnes(yang menjadi Punca Rezeki Mereka).

Memang Tidak Boleh DINAFIKAN….
Rakyat… Ramai Yang Lebih CERDIK daripada Pemimpin UMNO…
Dibantu dengan Pelbagai Gajet Canggih dan Dunia Tanpa Sempadan…

Walaupun kebelakangan ini ramai Golongan Muda di kalangan Kami yang cenderung kepada Parti Pembangkang, namun…

Jauh di lubuk hati kami supaya UMNO (dan BN) terus DIPILIH dan DIBERI MANDAT oleh RAKYAT untuk terus MENGUASAI KERAJAAN MALAYSIA sehingga ke akhir zaman….

TETAPI DENGAN SYARAT…

UMNO hendaklah DIPIMPIN oleh PEMIMPIN yang…
BERIMAN, BIJAK, BENAR, BERSIH dan BERINTEGRITI (5B).

INSYA-ALLAH.


(KUMIM)