Halaman

Sabtu, 3 Januari 2015

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1436H/2015M


SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1436H untuk kali pertama bagi tahun 2015M.

Salam buat semua umat ISLAM di seluruh Dunia, khususnya di Tanah Melayu(Malaysia).

Hari ini merupakan Cuti Umum di Malaysia... kerana Malaysia masih dipimpin oleh BANGSA MELAYU ISLAM yang masih  menjadi Dominan walaupun dikelilingi oleh masyarakat Majmuk.

Dengan kesempatan bercuti ini, janganlah kita semua membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa merebut ganjaran PAHALA daripada ALLAH SWT, Justeru, marilah kita sama-sama memperbanyakkan Selawat dan Salam Buat Junjungan Besar kita NABI MUHAMMAD SAW.

Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, oleh itu marilah kita semua berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita semua sentiasa Selamat Sejahtera serta Dirahmati dan Diberkati oleh ALLAH SWT.



Dengan ulangtahun Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada hari ini, maka bertambah lagi tempoh tahun Nabi SAW meninggalkan kita semua. 


Walaupun zahirnya semakin jauh jarak kehidupan kita pada hari ini dengan Kehidupan Nabi SAW, namun Hakikatnya kita teramat dekat dengan Nabi Muhammad SAW jika kita terus meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah serta Kecintaan kita kepada Nabi SAW dengan Mentaati Segala Perintah Allah dan Rasul SAW serta menjauhi segala Larangan Allah dan Rasul SAW.

Di antaranya adalah marilah kita sama-sama menghayati serta menyampaikan Isi Kandungan Khutbah Terakhir Rasulullah SAW ini kepada keluarga, rakan dan masyarakat kita.

INSYA-ALLAH.



Khamis, 1 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Semoga dalam Tahun 2015 ini lebih ramai Pejuang ABATA yang akan menyedarkan Bangsa Melayu Islam di Malaysia yang sedang lena dan sedang hanyut dengan "Mainan Politik Main-main".

Sedangkan Bangsa Melayu Islam mesti tahu dan sedar bahawa betapa pentingnya kita mengekalkan KUASA POLITIK BANGSA MELAYU ISLAM yang sedang dikuasai, diterajui dan didominasi oleh UMNO melalui BARISAN NASIONAL semenjak negara mencapai Kemerdekaan pada Tahun 1957.


Justeru, Pejuang ABATA bukan sahaja mesti menyedarkan Bangsa Melayu Islam yang hanya bertindak sebagai Pengundi Biasa dalam PRU, malah mereka juga harus menyedarkan Penyokong PAS dan PKR yang menyokong Pakatanharam Rakyat, dan yang LEBIH PENTING juga menyedarkan sebahagian PEMIMPIN UMNO yang kurang Nasionalisme serta ‘Dayus’ dan ‘Pengecut’ dalam MEMPERJUANGKAN ABATA(Agama, Bangsa dan Tanahair).