Halaman

Isnin, 26 Ogos 2013

KINI TIBALAH MASA UNTUK KITA BERSATU DEMI ALLAH


Selaras dengan Perintah Allah dalam Al-Quran (Surah Al-Imran, Ayat 103 di atas), kini tibalah masanya untuk seluruh umat Melayu Islam di Tanah Melayu (Malaysia) yang tercinta ini bersatu demi ALLAH, tanpa mengira fahaman Politik, samada UMNO, PAS, PKR dan sebagainya.... Asalkan berstatus Bangsa MELAYU dan ISLAM.

Sesungguhnya Bangsa Melayu Islam di Malaysia (MIM) dalam keadaan yang amat TERANCAM terutama selepas PRU Ke-13 pada 5hb Mei 2013 yang baru berlalu. Peristiwa 5 Mei 2013 merupakan satu peristiwa yang lebih getir dan terancam daripada Peristiwa 13 Mei 1969, ini kerana kuasa pemerintahan utama Bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu(Malaysia) hampir ditewaskan oleh musuh(samada musuh yang nyata atau musuh dalam selimut) melalui pertempuran tanpa senjata yang hebat, iaitu dalam PRU Ke-13 tersebut.

Justeru, melalui BLOG ini, saya selaku Warganegara Malaysia(Tanah Melayu), Berbangsa Melayu dan Beragama Islam menyeru seluruh Bangsa Melayu dan Islam di Tanah Melayu ini supaya kita semua BERSATU dan BERPADU demi ALLAH, selagi kita masih mempunyai kuasa utama dalam pemerintahan negara ini, sebelum NASI MENJADI BUBUR.

Berdasarkan senario Politik, Ekonomi dan Sosial hari ini, pelbagai isu telah timbul dan ternyata telah mengancam Hak ISLAM dan MELAYU, sehingga sebahagiannya tidak dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkuasa khususnya Pemimpin UMNO, selain Pemimpin PAS dan PKR yang sebahagiannya rela membelakangi Hak ISLAM dan MELAYU demi mendapatkan sokongan Politik daripada orang bukan Melayu dan Islam. 

Marilah kita sama-sama berlapang dada dan fikiran, kembalilah kepada perintah dan larangan ALLAH berdasarkan Al-Quran, Hadis Nabi Muhammad s.a.w, Qias dan Ijma' Ulama'.
Marilah kita sama-sama menyusun strategi dan membina benteng untuk menyelamatkan Islam dan Melayu di Malaysia ini.

Sememangnya ISLAM dan MELAYU amat sinonim di Malaysia, dan Bangsa MELAYU merupakan satu-satu Bangsa di dunia ini yang ditakrifkan beragama ISLAM, iaitu MELAYU adalah wajib beragama ISLAM. Hakikatnya pembela utama Agama Islam di Malaysia ini adalah Bangsa Melayu, yang mendominasi Kuasa POLITIK Malaysia.

Namun, Penguasaan dan Kesucian ISLAM kini semakin terancam dan terhakis melalui pelbagai ancaman dan hakisan terhadap kuasa POLITIK Bangsa MELAYU.
Marilah kita sama-sama Muhasabah Diri, dan mengenali siapakah MUSUH-MUSUH Kita?????


Tiada ulasan: