Halaman

Jumaat, 27 September 2013

AL-FATIHAH... UNTUK ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK



ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK DALAM KENANGAN




ALOR SETAR, Khamis, 26/09/2013 : Bekas Menteri Besar Kedah, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.10 pagi tadi.

Semoga Allah melimpahi Keampunan dan Rahmat ke atas Roh Allahyarham, serta ditempatkan bersama-sama dengan Roh para Solehin... INSYA-ALLAH.

Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak seorang pemimpin berjiwa besar, yang tahu membezakan diantara politik dan pemerintahan, antara parti dan Kerajaan, antara perbezaan siasah dan persahabatan. Walaupun berbeza parti, namun ukhwah Islamiyah tetap terpelihara!

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada Bangsa Melayu Islam, kerana Allahyarham lebih mementingkan Ukhwah atau Persaudaraan Melayu Islam daripada kepentingan Parti PAS, yang menyebabkan Allahyarham seakan dipencilkan oleh Pemimpin Parti PAS sendiri, terutama golongan yang lebih sekular dan Liberal dalam PAS.... 

Hakikatnya, sebelum kematian jasad Allahyarham Tan Sri Azizan pada pagi tadi, Allahyarham telahpun "dibunuh" jiwanya oleh rakan-rakan dalam parti beliau semenjak menjelang PRU 13 yang lalu, sehinggalah hari ini, akibat daripada hilangnya Ukhuwwah Islamiyah dalam PAS sendiri, serta mereka yang  tamakkan Habuan Dunia sehingga terang-terangan memusuhi dan menyalahkan Allahyarham atas kekalahan PAS di Kedah.



Tiada ulasan: