Halaman

Selasa, 10 September 2013

TERKINI KALIMAH ALLAH - KEPUTUSAN DIJANGKA PADA OKTOBER



KITA MASIH ADA MASA MENGGUNAKAN SENJATA KITA, IAITU DOA KEPADA ALLAH.

PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - Tge Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly, bagi menggantikan perkataan God.

Seramai empat peguam mewakili pihak perayu daripada majlis agama Islam dan kerajaan berhujah hari ini manakala seorang peguam berhujah bagi pihak Herald(Kristian) iaitu Porres Royan.


Antara sedutan Perbicaraan:


Hakim YA Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bertanya kepada Porres apakah kesannya penggunaan kalimah Allah terhadap akidah penganut Kristian.

Turut ditimbulkan adalah kebimbangan pihak Kementerian Dalam Negeri terhadap keselamatan dan ketenteraman awam terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak Herald.

Hakim turut bertanya apakah bahasa asal perkataan Lord dan God yang digunakan dalam agama Kristian???

Saya rasa ini soalan cepumas yang kita semua boleh jawab, yang boleh men'terkedu'kan Porres Royan.







Tiada ulasan: