Halaman

Rabu, 16 Julai 2014

PELUANG SEMAKAN ARAH KIBLAT SECARA 'LIVE'.


Pada hari ini, 16hb Julai 2014 bersamaan 18 Ramadhan 1435H, pada pukul 5.28 petang nanti, umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya adalah berpeluang untuk menyemak, memperbetul dan mengesahkan arah kiblat secara langsung dan lebih tepat. Ini kerana pada pukul 5.28 petang nanti di panggil WAKTU ISTIWA', yakni waktu matahari berada tepat di atas KAABAH.

Justeru, kita dapat menyemak Arah Kiblat secara 'live' berpandukan pandangan terus ke arah matahari dengan pelbagai kaedah. Antaranya adalah dengan meletakkan sebatang objek yang lurus secara menegak ke arah matahari, arah kiblat yang tepat adalah mengikut bayang yang terhasil daripada objek tersebut. 

Kaedah lain yang agak mudah adalah dengan meletakkan tali yang tergantung lurus di jendela yang menghadap ke arah  matahari pada waktu itu, maka bayang yang terhasil adalah arah kiblat yang tepat.

Kita boleh menyemak samaada untuk masjid, surau, rumah kediaman, dan yang penting juga adalah pejabat-pejabat atau tempat kerja masing-masing, luangkan sedikit masa pada waktu petang nanti untuk menyemak arah kiblat di tempat kita SOLAT sehari-hari di tempat kerja kita kerana ada juga sebahagian surau atau ruang solat yang disediakan di tempat kerja kita tidak begitu tepat dengan Arah Kiblat.

NAMUN, apa yang penting, sempena dengan WAKTU ISTIWA' dan bulan RAMADHAN ALMUBARAK ini, di samping menyemak arah kiblat Kaabah, marilah kita sama-sama menyemak dan perbetulkan KIBLAT hati dan tindakan kita sebagai HAMBA ALLAH yang sebenarnya, khususnya kepada UMAT MELAYU ISLAM di Malaysia kerana kita semua semakin terancam oleh pelbagai serangan secara zahir dan batin, samada oleh golongan kafir laknatullah atau oleh orang Islam sendiri yang mempunyai 'pelbagai KIBLAT'.

WALLAHU'ALAM.

(KUMIM)



Tiada ulasan: