Halaman

Ahad, 13 Oktober 2013

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DALAM PEMILIHAN SAYAP PARTI UMNO SEMALAM



KUMIM mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua PEMENANG dalam Pemilihan Jawatan Sayap Parti UMNO semalam, juga sekalung TAHNIAH kepada semua Calon yang tidak Berjaya dalam Pemilihan kali ini di atas keterbukaan anda menerima keputusan daripada undi Para Perwakilan. Ini semua adalah Kurniaan dan Ketentuan daripada ALLAH SWT.

TAHNIAH juga kepada semua  Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Pemilihan di semua peringkat, kerana telah berjaya mengadakan sesi Pemilihan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kecacatan, kerana pemilihan ini adalah pertama kali diadakan dengan sistem perwakilan di peringkat akar umbi.

Tak lupa juga TAHNIAH kepada Para Perwakilan kerana mereka telah menjalankan amanah dengan tertib dan harmoni, sungguhpun terdapat sedikit ketegangan dan emosional di beberapa Bahagian.

NAMUN, Pemilihan telah berlalu, sekarang adalah masa untuk Bersatu Semula, dan Berkhidmat untuk Parti UMNO dan rakyat,  Demi ABATA(Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air yang Tercinta).

YANG MENANG JANGANLAH ANGKUH, YANG TEWAS JANGANLAH BERDENDAM DAN MENJAUHKAN DIRI…  PEMENANG PULA JANGANLAH MENYISIHKAN MEREKA YANG TEWAS, SEBALIKNYA BERILAH PELUANG KEPADA MEREKA UNTUK MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA PARTI BERDASARKAN KEBOLEHAN DAN KEPAKARAN MEREKA.

 “APA YANG PENTING… KERJASAMA”.  

(Lirik Lagu Yang Selalu Dinyanyikan Oleh Sebilangan Besar Kanak2 Yang Menonton Siri Kartun Teladan)

Tunjukkanlah Kematangan dan Kebijakan sebagai Pemimpin dan Ahli Parti UMNO yang BERPOLITIK secara Profesional.


Semoga UMNO terus RELEVAN kepada BANGSA MELAYU DAN ISLAM di TANAH MELAYU ini sehingga ke Akhir Zaman… INSYA-ALLAH.

(KUMIM)

Tiada ulasan: