Isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh orang
bukan Islam terutama golongan Kristian Laknatullah.
Setelah kita
memenangi pusingan awal di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada 22 Ogos 2013 yang lepas, Umat Islam
sekali lagi akan diuji di Mahkamah pada 10 September 2013, iaitu Selasa ini
melalui Perbicaraan yang akan menentukan Kalimah ALLAH yang Esa ini BOLEH
atau TIDAK BOLEH digunakan oleh golongan bukan Islam khususnya dalam percetakan
dan penerbitan akhbar, majalah, kitab,
pamphlet dan sebagainya di Bumi Malaysia.
Justeru, semua
umat Islam dan Melayu di Malaysia diseru supaya sama-sama berjuang
mempertahankan Kalimah ALLAH ini daripada tergadai dan dilacurkan oleh orang
bukan Islam terutama golongan Kristian Laknatullah, yang akan menggunakannya
sebagai umpan untuk mengkristiankan umat Melayu dan Islam di Malaysia jika
mereka dibenarkan menggunakan Kalimah ALLAH.
Perjuangan kita boleh
diterjemahkan melalui pelbagai cara, antaranya;
1.
Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah di
Putrajaya pada hari Selasa, 10
September 2013, sebagai syiar atau simbol perpaduan dan kekuatan Ummah Islam – sokongan moral
kepada barisan Peguam Muslim dan juga Panel Hakim.
2. Sila hebahkan kepada saudara, sahabat
dan kenalan Melayu Islam seramai mungkin melalui media online, sms dan
sebagainya – terutamanya masyarakat luar Bandar – supaya mereka sama-sama
mendoakan kejayaan.
3.
Sila buat Solat Hajat/Munajat samada bersendirian
atau berjamaah, atau hanya sekadar berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan
dan kebijaksanaan kepada Barisan Peguam Muslim, dan semoga dibuka pintu hati
dan hidayah kepada Panel Hakim untuk memberi kemenangan kepada Pihak Islam
dalam mempertahankan Kalimah ALLAH.
Umat Melayu Islam
juga diminta melupakan sementara pasal perbezaan politik dalam tempoh ini.
Tanpa mengira Melayu Islam dalam UMNO, PAS ,PKR atau mana-mana parti atau yang
tidak menyokong mana-mana parti. Abaikan pendapat segelintir daripada orang
Melayu Islam sendiri yang memberi ruang kepada golongan Kafir untuk terus
membuat tuntutan.
Marilah kita
sama-sama menjadikan ISU KALIMAH ALLAH ini, sebagai titik permulaan untuk kita
menyemaikan Kesatuan Fikrah seterusnya Kesatuan Ummah Melayu Islam demi
mempertahan dan memperkasakan Agama Islam dan Bangsa Melayu di bumi Malaysia
yang tercinta ini, setelah kita menyaksikan pelbagai Ancaman dan Penghinaan
terhadap Agama Islam dan Bangsa Melayu yang semakin kritikal terutama selepas
PRU 13 yang lalu.
'PERPADUAN ASAS KEJAYAAN'
INSYA-ALLAH KITA
AKAN BERJAYA… ALLAHUAKBAR.
(Ini adalah sedutan wawancara AIDC bersama Azril Mohd Amin iaitu Naib Presiden Persatuan
Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pada 25 Ogos di Bangi)
AIDC : Dalam kes nama Allah, adakah
rayuan kerajaan pada 10 September ini adalah satu keputusan yang penting ?
Sangat penting. Pada 10 September ini,
apa yang berlaku adalah peguam bagi kedua-dua pihak, sama ada pihak
gereja, kerajaan dan juga Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan MACMA akan
mengemukakan hujah masing-masing tentang rayuan induk itu.
Saya tidak pastilah sama ada Mahkamah
Rayuan akan membuat keputusan pada hari itu juga atau pada tarikh lain. Itu
bergantung pada budi bicara para hakim pada hari tersebut.
Tarikh itu sangat penting, umat Islam
wajar menunjukkan kehadiran mereka, menzahirkan sokongan mereka. Bukan sokongan
kepada kami tetapi kepada Majlis-majlis Agama Islam itu sendiri. Wajar kita
menunjukkan sikap prihatin dan ini satu isu yang mana sepatutnya orang Islam
boleh bersatu.
Ini isu akidah, itu sangat jelas. Bukan
isu yang bersifat khilaf dan sebagainya tapi ia sangat jelas.
Jadi, sepatutnya kita melangkaui politik
kepartian.
Jangan salah faham, saya ada baca
komen-komen di dalam laman web yang mengatakan ini salah pihak pemerintah,
salah UMNO kerana telah membenarkan. Tidak..tidak.
Ini adalah permohonan pihak gereja untuk
mencabar, yang mahu membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan.
Kerajaan telah jelas melarang.
Bagi kami, peguam yang terlibat, kami
tidak memihak kepada mana-mana politik, tidak. Bagi kami, kami melihat segi
kedudukan undang-undang. Apakah peruntukan dalam Perlembagaan, undang-undang
yang melindungi kedudukan Islam. Itu yang menjadi perkara utama.
Untuk
mengetahui lebih terperinci Isu Kalimah ALLAH, sila ke laman berikut;
(KUMIM)
1 ulasan:
SEMOGA BERJAYA...
ALLAHUAKBAR
Catat Ulasan