Sejak kebelakangan ini banyak ISU PERPADUAN
dimainkan oleh mereka yang cintakan Perpaduan… iaitu Perpaduan MELAYU ISLAM,
daripada dua Parti Orang Melayu … UMNO & PAS… ALHAMDULILLAH.
Inilah yang paling penting, dan WAJIB bagi Orang
Melayu dan Islam BERSATU demi mempertahankan Kesucian Agama ISLAM dan
Kepentingan Bangsa MELAYU di Malaysia.
Tetapi tidak kurang juga isu ini dimainkan oleh
mereka yang kononnya inginkan Perpaduan, tetapi hakikatnya mereka sudah merasai
yang mereka akan menjadi kelompok yang tertinggal dalam Agenda Pembangunan
Kerajaan BN yang ditunjangi oleh Melayu UMNO, jika mereka tidak turut serta
dalam Perpaduan dengan UMNO(MELAYU) & BN…. Mereka juga mungkin telah sedar,
Perpaduan dengan UMNO adalah Talian Hayat untuk mereka, kerana Pakatan Rakyat
kini semakin menuju KEHANCURAN.
Bermula dengan keterbukaan Pemimpin UMNO yang
membuka jalan untuk PAS demi Perpaduan Melayu dan Islam…
Kemudian DS Anwar Ibrahim daripada PKR pula yang
menawarkan perbincangan dengan UMNO…
Laporan terbaru dalam Malaysian Insider (Portal
yang Pro-Pakatan Rakyat) yang menyiarkan:
Shahidan:
Perbincangan Pakatan-BN perlu dengan niat “baik sangka”.
Analisa dan Pandangan Penulis(KUMIM)
PRU Ke-13 pada 5 Mei 2013 yang lalu telah
menyaksikan Kemenangan Mutlak Perjuangan MELAYU UMNO Bersama Bumiputra Sabah
& Sarawak, serta sebahagian Kaum India, dan juga hanya segelintir Kaum
Cina, dalam mempertahankan Kekuasaan Barisan Nasional untuk terus Memerintah
Negara Malaysia, walaupun dengan Majoriti Mudah.
Majoriti besar pengundi Cina telah secara
terang-terangan MENOLAK Kepimpinan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh MELAYU
UMNO.
JUSTERU, BUAT MASA INI(Ketika Kaum MELAYU ISLAM
masih menjadi Kaum Majoriti di Malaysia)… UMNO HANYA PERLU WUJUDKAN PERPADUAN
DENGAN PAS SAHAJA, DISAMPING MENGERATKAN LAGI PERSAHABATAN DENGAN BUMIPUTRA
LAIN SERTA KAUM INDIA(PARTI MIC)….
LUPAKAN DAHULU PASAL PERPADUAN BARISAN NASIONAL(BN)
DENGAN PAKATAN RAKYAT(PR).
Jadi, Pemimpin UMNO kena pastikan tiada 'BARUA-BARUA'
Pakatan Rakyat yang cuba menyusup dan mengatur pelan Perpaduan mereka untuk
menggagalkan Pelan Perpaduan MELAYU ISLAM, antara UMNO & PAS.
KITA MESTI TERUSKAN AGENDA MAJLIS EKONOMI
BUMIPUTRA (MEB) KITA SEHINGGA BERJAYA.
KITA TANGKIS TANGGAPAN "MELAYU MUDAH LUPA"
KITA BENARKAN PEPATAH MELAYU KITA: "PINGGAN
TAK RETAK, NASI TAK DINGIN… ORANG DAH TAK NAK, KITA PUN DAH TAK INGIN"
KITA KENA KEMASKAN DAN KUATKAN LAGI BARISAN
MELAYU ISLAM KITA.
KENAPA PERPADUAN UMNO Dan PAS
adalah WAJIB??? (Akan Menyusul)
(KUMIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan