Pemilihan ini adalah sangat penting untuk diambil peduli bukan setakat oleh Pemimpin dan Ahli UMNO, malah oleh semua Bangsa Melayu, kerana Pemimpin -pemimpin yang dipilih ini akan memberi kesan langsung bagi menghadapi PRU 14 nanti yang semakin getir bagi Umat Melayu dan Islam.
Majoriti Bangsa Melayu dalam UMNO dan juga majoriti senyap Bangsa Melayu di
luar UMNO termasuk peringkat akar umbi dalam PAS(yang menolak kerjasama PAS
dalam PR), inginkan kemenangan akan berpihak kepada Calon-calon yang berjuang
demi ABATA(Agama, Bangsa dan Tanahair) bagi semua Jawatan yang di
pertandingkan, terutama Jawatan Naib Presiden UMNO.
Justeru Para Perwakilan juga
hendaklah meningkatkan semangat perjuangan diri demi ABATA, seterusnya membuat penilaian dengan Bijak untuk memilih
Calon-calon yang BERJIWA MELAYU yang lebih konsisten dan berani dalam
perjuangan ABATA. Mereka juga wajib menolak Calon-calon yang ‘TAKUT & MALU SEBAGAI
MELAYU’, serta Calon-calon yang seakan menjadi ‘Barua atau
Proksi’ kepada pemimpin pembangkang dan juga golongan Kafir Laknatullah yang ingin
merosak dan menjatuhkan UMNO, Bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.
Semoga
Calon-calon yang BERJIWA MELAYU, KOMITED, BERANI & KONSISTEN dalam
MEMPERJUANGKAN AGENDA MELAYU & ISLAM DEMI KEREDHAAN ALLAH, akan beroleh
KEMENANGAN Yang CEMERLANG bagi membolehkan mereka bersama-sama Presiden dan
Timbalan Presiden UMNO untuk mencorak dan
menyusun strategi pentadbiran Malaysia
yang lebih kearah pemerkasaan BANGSA MELAYU & ISLAM dalam semua aspek
kehidupan untuk Dunia dan juga Akhirat… INSYA-ALLAH.
(KUMIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan