Halaman

Rabu, 2 Oktober 2013

SEMAKIN PANAS MEMBARA… UGUTAN DAN ANCAMAN TERHADAP CALON SERTA PERWAKILAN PEMILIHAN UMNO





Kemeriahan dan debaran semakin terasa di kalangan ahli UMNO, khususnya kepada Calon-calon dan penyokong mereka yang bertanding bagi Jawatan Tertinggi peringkat pusat dalam Pemilihan UMNO yang akan bermula pada 12 Oktober 2013.

Pemilihan ini bukan sahaja mendapat perhatian meluas daripada ahli UMNO, malah ia juga mendapat perhatian dan amat dinantikan oleh sebahagian besar pemimpin dan penyokong sekutu dalam Barisan Nasional, lebih-lebih lagi Pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang seakan takut kepada kemenangan beberapa Calon tertentu.

Justeru pelbagai serangan, ugutan dan ancaman telah berlaku terhadap Calon-calon, Penyokong mereka serta Para Perwakilan yang akan menentukan kemenangan Calon-calon yang bertanding. Pelbagai serangan ini bukan sahaja di kalangan sesama calon dan penyokong mereka, dan juga ahli UMNO, malah ia juga melibatkan serangan dan juga ‘sokongan’ daripada segelintir Pemimpin Pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Namun, pelbagai serangan tersebut bukanlah seperti ancaman bunuh atau mencederakan jasad Calon-calon serta mereka yang terlibat, ia hanyalah serangan biasa dan berkias yang dibuat oleh segelintir penyokong terhadap lawan Calon pilihan mereka. Ini kerana Pemilihan UMNO bukanlah seperti pemilihan pemimpin kumpulan gangster atau penjenayah, juga bukan seperti pemilihan pemimpin dalam parti-parti lain yang banyak menimbulkan penipuan, perbalahan dan pelbagai kekecohan.

Sememangnya Pemilihan UMNO sentiasa lebih harmoni dan tersusun daripada Pemilihan dalam Parti-parti lain. Ini kerana majoriti Pemimpin dan Ahli UMNO lebih matang dan bijak dalam berpolitik. Buktinya UMNO masih bertahan semenjak ditubuhkan pada tahun 1946, dan masih kekal menjadi parti dominan atau tulang belakang dalam Barisan Nasional yang menjadi parti pemerintah negara Malaysia semenjak Merdeka.

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi UMNO pada kali ini adalah amat penting bukan setakat kepada ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional, malah ia akan memberi kesan langsung kepada Bangsa Melayu dan Islam khususnya selepas PRU Ke-13 yang lepas, yang menyaksikan lebih 90% pengundi Cina(termasuk dalam MCA dan Gerakan) telah menterjemahkan secara terang-terangan dengan menolak kepimpinan Melayu Islam UMNO. Seterusnya pelbagai ancaman, ugutan dan penghinaan telah dilakukan oleh kaum bukan Melayu dan golongan Kafir terutama dalam parti pembangkang (Pakatan Rakyat) terhadap Hak dan Kepentingan Melayu dan Islam, termasuk Institusi Raja Melayu dan sebagainya.

Oleh itu, majoriti Bangsa Melayu dalam UMNO dan juga majoriti senyap Bangsa Melayu di luar UMNO termasuk peringkat akar umbi dalam PAS yang menolak kerjasama PAS dalam PR, inginkan kemenangan akan berpihak kepada Calon-calon yang berjuang demi ABATA(Agama, Bangsa dan Tanahair) bagi semua Jawatan yang di pertandingkan, terutama Jawatan Naib Presiden. Justeru Para Perwakilan juga hendaklah meningkatkan semangat perjuangan diri demi ABATA, seterusnya MEMILIH Calon-calon yang BERJIWA MELAYU yang lebih konsisten dan berani dalam perjuangan ABATA, serta MENOLAK Calon-calon yang ‘TAKUT & MALU SEBAGAI MELAYU’, dan juga mesti menolak Calon-calon yang seakan menjadi ‘Barua atau Proksi’ kepada pemimpin pembangkang dan juga golongan Kafir Laknatullah yang ingin merosak dan menjatuhkan UMNO, Bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.


Semoga Calon-calon yang BERJIWA MELAYU, KOMITED, BERANI & KONSISTEN dalam MEMPERJUANGKAN AGENDA MELAYU & ISLAM DEMI KEREDHAAN ALLAH, akan beroleh KEMENANGAN yang Cemerlang bagi membolehkan mereka bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO  mencorak dan menyusun strategi  pentadbiran Malaysia yang lebih kearah pemerkasaan BANGSA MELAYU & ISLAM dalam semua aspek kehidupan untuk Dunia dan juga Akhirat… INSYA-ALLAH. 

Tiada ulasan: