Halaman

Jumaat, 15 November 2013

TERKINI... LAGI TEMBAKAN MAUT DI KELANTAN.



APA LA NAK JADI DENGAN KELANTAN??? 

Maut ditembak depan rumah

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, Tawang, kira-kira 8.45 malam tadi (14/11/2013).

Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga. 

Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan. 

Sehingga berita ini di terima mangsa di laporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anaknya terselamat dalam kejadian tersebut.Modus operandi tidak di ketahui.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Sumber : myMetro & Blog MMI)


Tiada ulasan: