Halaman

Jumaat, 13 Februari 2015

AL-FATIHAH.... ALMARHUM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

AL-FATIHAH

Marilah sama-sama mengulangi bacaaan AL-FATIHAH untuk kita sedekahkan kepada Almarhum Tok Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat.



ALMARHUM TOK GURU
Telah Kembali Ke Rahmatullah pada 12/02/2015 @ 9.40 malam
Malam Jumaat(Penghulu Segala Hari)


Sesungguhnya petang semalam (12/02/2015) adalah bermulanya detik kelam kepada agenda perjuangan Islam di Malaysia khususnya kepada Parti PAS. Keadaan kesihatan Almarhum Tok Guru yang agak stabil sebelum ini selepas dimasukkan ke Wad HUSM, Kubang Kerian,  telah kembali merosot, sehinggalah dibenarkan oleh para Doktor untuk dibawa pulang ke rumah. 

Tidak sampai satu jam di rumah, Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah menghembuskan nafas terakhir padaJam 9.40 malam, dengan dikelilingi oleh isteri tercinta dan anak-anak yang sangat dikasihinya.

Sememangnya Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT akan meninggal dunia di rumah sendiri pada malam yang sangat Mulia dan Berkat, iaitu Malam Jumaat yang sangat diimpikan oleh setiap Muslim untuk menghembuskan nafas terakhir pada Malam atau Hari Jumaat.(Semoga kita juga akan dianugerahkan oleh Allah SWT dengan Husnul Khatimah, pada Malam Jumaat. Insya-Allah)

Hakikatnya, Tok Guru Nik Aziz adalah satu satu IKON dan IDOLA dalam perjuangan Islam di Malaysia yang tidak dapat dinafikan oleh Kawan dan Lawan. Terlalu banyak Contoh dan Teladan yang dapat diambil daripada Almarhum, daripada Karektor, Kepimpinan, Penampilan, Ucapan, Pemikiran, Ibadat, Ilmu dan sebagainya yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama.

Namun begitu, memang manusia tidak akan sempurna segalanya, begitulah juga dengan Almarhum Tok Guru yang tidak dapat lari daripada kekurangan, kelemahan dan kesilapan dalam beberapa aspek.(Semoga kita sama-sama memaafkan Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang telah memohon maaf daripada segenap lapisan masyarakat di atas segala kelemahan dan kesilapan beliau sepanjang memimpin Rakyat khususya sepanjang menjadi Wakil Rakyat dan Menteri Besar Kelantan)

Kematian Almarhum Tok Guru Nik Aziz adalah merupakan satu kehilangan besar kepada negara Malaysia, khususnya negeri Kelantan Darulnaim. Kehilangan yang tidak akan ada Galang Ganti lagi, lebih-lebih lagi dalam kehidupan kini yang terlalu banyak cabaran hidup khususnya kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia. Kematian Almarhum ibarat  “Patah Tak Tumbuh, Hilang Tak Berganti”.

Justeru marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan masing-masing, tinggalkan episod lama, mulakan dengan episod baru yang lebih menguntung dan memperkasakan lagi Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Semoga ALLAH SWT menyampaikan Pahala Sedekah Al-Fatihah kita kepada Roh Almarhum Tok Guru Nik Aziz, serta menempatkan Roh Almarhum bersama para Syuhada’ dan Solehin… INSYA-ALLAH.

ALLAHU AKBAR.

Kumim




Tiada ulasan: