Kerana mereka terlepas peluang untuk
merasai limpahan ‘HABUAN’ yang biasa dinikmati oleh warga dalam kawasan Pilihan
Raya Kecil(PRK).
Walaupun PAS menerima keputusan
UMNO/BN yang tidak meletakkan Calon pada PRK ini, hakikatnya sebahagian besar
pemimpin dan pengundi PAS amat marah kepada UMNO/BN kerana tiada apa-apa
‘Projek Pembangunan’ yang biasanya dibuat oleh UMNO/BN pada setiap PRK yang
mereka tandingi.
SYABAS buat Pemimpin UMNO yang lebih
cerdik dalam berpolitik.
Mungkin Pilihan Raya Kecil bagi N.06
Dun Chempaka ini adalah yang paling hambar dan sepi dalam sejarah politik
Malaysia, kerana TIDAK ADA; perang poster antara BN dan parti lawan,
ceramah-ceramah besar, kunjungan pemimpin dan jentera parti dari seluruh negara,
kadar sewa rumah yang berlipat kali ganda, harga makanan yang melambung,
peniaga yang bercambah dan mencekik darah, kesibukan lalu-lintas dan
sebagainya.
Yang ada hanyalah sebilangan poster
PAS yang terpaksa dibuat juga untuk menampakkan kehebatan PAS bagi melawan
asakan Calon Bebas yang tidak boleh dipandang ringan oleh PAS walaupun Dun Chempaka
adalah antara kubu terkuat PAS di dunia.
Apa pun, SELAMAT MENGUNDI kepada semua
pengundi dalam PRK N.06 Dun Chempaka pada hari Ahad, 22hb Mac 2015.
Dan KEPUTUSANNYA … 99% sudah dapat menjangkanya.
WALLAHU’ALAM.
Kumim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan