Halaman

Rabu, 2 Oktober 2013

SEMAKIN PANAS MEMBARA… UGUTAN DAN ANCAMAN TERHADAP CALON SERTA PERWAKILAN PEMILIHAN UMNO





Kemeriahan dan debaran semakin terasa di kalangan ahli UMNO, khususnya kepada Calon-calon dan penyokong mereka yang bertanding bagi Jawatan Tertinggi peringkat pusat dalam Pemilihan UMNO yang akan bermula pada 12 Oktober 2013.

Pemilihan ini bukan sahaja mendapat perhatian meluas daripada ahli UMNO, malah ia juga mendapat perhatian dan amat dinantikan oleh sebahagian besar pemimpin dan penyokong sekutu dalam Barisan Nasional, lebih-lebih lagi Pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang seakan takut kepada kemenangan beberapa Calon tertentu.

Justeru pelbagai serangan, ugutan dan ancaman telah berlaku terhadap Calon-calon, Penyokong mereka serta Para Perwakilan yang akan menentukan kemenangan Calon-calon yang bertanding. Pelbagai serangan ini bukan sahaja di kalangan sesama calon dan penyokong mereka, dan juga ahli UMNO, malah ia juga melibatkan serangan dan juga ‘sokongan’ daripada segelintir Pemimpin Pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Namun, pelbagai serangan tersebut bukanlah seperti ancaman bunuh atau mencederakan jasad Calon-calon serta mereka yang terlibat, ia hanyalah serangan biasa dan berkias yang dibuat oleh segelintir penyokong terhadap lawan Calon pilihan mereka. Ini kerana Pemilihan UMNO bukanlah seperti pemilihan pemimpin kumpulan gangster atau penjenayah, juga bukan seperti pemilihan pemimpin dalam parti-parti lain yang banyak menimbulkan penipuan, perbalahan dan pelbagai kekecohan.

Sememangnya Pemilihan UMNO sentiasa lebih harmoni dan tersusun daripada Pemilihan dalam Parti-parti lain. Ini kerana majoriti Pemimpin dan Ahli UMNO lebih matang dan bijak dalam berpolitik. Buktinya UMNO masih bertahan semenjak ditubuhkan pada tahun 1946, dan masih kekal menjadi parti dominan atau tulang belakang dalam Barisan Nasional yang menjadi parti pemerintah negara Malaysia semenjak Merdeka.

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi UMNO pada kali ini adalah amat penting bukan setakat kepada ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional, malah ia akan memberi kesan langsung kepada Bangsa Melayu dan Islam khususnya selepas PRU Ke-13 yang lepas, yang menyaksikan lebih 90% pengundi Cina(termasuk dalam MCA dan Gerakan) telah menterjemahkan secara terang-terangan dengan menolak kepimpinan Melayu Islam UMNO. Seterusnya pelbagai ancaman, ugutan dan penghinaan telah dilakukan oleh kaum bukan Melayu dan golongan Kafir terutama dalam parti pembangkang (Pakatan Rakyat) terhadap Hak dan Kepentingan Melayu dan Islam, termasuk Institusi Raja Melayu dan sebagainya.

Oleh itu, majoriti Bangsa Melayu dalam UMNO dan juga majoriti senyap Bangsa Melayu di luar UMNO termasuk peringkat akar umbi dalam PAS yang menolak kerjasama PAS dalam PR, inginkan kemenangan akan berpihak kepada Calon-calon yang berjuang demi ABATA(Agama, Bangsa dan Tanahair) bagi semua Jawatan yang di pertandingkan, terutama Jawatan Naib Presiden. Justeru Para Perwakilan juga hendaklah meningkatkan semangat perjuangan diri demi ABATA, seterusnya MEMILIH Calon-calon yang BERJIWA MELAYU yang lebih konsisten dan berani dalam perjuangan ABATA, serta MENOLAK Calon-calon yang ‘TAKUT & MALU SEBAGAI MELAYU’, dan juga mesti menolak Calon-calon yang seakan menjadi ‘Barua atau Proksi’ kepada pemimpin pembangkang dan juga golongan Kafir Laknatullah yang ingin merosak dan menjatuhkan UMNO, Bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.


Semoga Calon-calon yang BERJIWA MELAYU, KOMITED, BERANI & KONSISTEN dalam MEMPERJUANGKAN AGENDA MELAYU & ISLAM DEMI KEREDHAAN ALLAH, akan beroleh KEMENANGAN yang Cemerlang bagi membolehkan mereka bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO  mencorak dan menyusun strategi  pentadbiran Malaysia yang lebih kearah pemerkasaan BANGSA MELAYU & ISLAM dalam semua aspek kehidupan untuk Dunia dan juga Akhirat… INSYA-ALLAH. 

Jumaat, 27 September 2013

AL-FATIHAH... UNTUK ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK



ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK DALAM KENANGAN




ALOR SETAR, Khamis, 26/09/2013 : Bekas Menteri Besar Kedah, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.10 pagi tadi.

Semoga Allah melimpahi Keampunan dan Rahmat ke atas Roh Allahyarham, serta ditempatkan bersama-sama dengan Roh para Solehin... INSYA-ALLAH.

Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak seorang pemimpin berjiwa besar, yang tahu membezakan diantara politik dan pemerintahan, antara parti dan Kerajaan, antara perbezaan siasah dan persahabatan. Walaupun berbeza parti, namun ukhwah Islamiyah tetap terpelihara!

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada Bangsa Melayu Islam, kerana Allahyarham lebih mementingkan Ukhwah atau Persaudaraan Melayu Islam daripada kepentingan Parti PAS, yang menyebabkan Allahyarham seakan dipencilkan oleh Pemimpin Parti PAS sendiri, terutama golongan yang lebih sekular dan Liberal dalam PAS.... 

Hakikatnya, sebelum kematian jasad Allahyarham Tan Sri Azizan pada pagi tadi, Allahyarham telahpun "dibunuh" jiwanya oleh rakan-rakan dalam parti beliau semenjak menjelang PRU 13 yang lalu, sehinggalah hari ini, akibat daripada hilangnya Ukhuwwah Islamiyah dalam PAS sendiri, serta mereka yang  tamakkan Habuan Dunia sehingga terang-terangan memusuhi dan menyalahkan Allahyarham atas kekalahan PAS di Kedah.



Rabu, 25 September 2013

ISU PERPADUAN TERKINI


Sejak kebelakangan ini banyak ISU PERPADUAN dimainkan oleh mereka yang cintakan Perpaduan… iaitu Perpaduan MELAYU ISLAM, daripada dua Parti Orang Melayu … UMNO & PAS… ALHAMDULILLAH.
Inilah yang paling penting, dan WAJIB bagi Orang Melayu dan Islam BERSATU demi mempertahankan Kesucian Agama ISLAM dan Kepentingan Bangsa MELAYU di Malaysia.

Tetapi tidak kurang juga isu ini dimainkan oleh mereka yang kononnya inginkan Perpaduan, tetapi hakikatnya mereka sudah merasai yang mereka akan menjadi kelompok yang tertinggal dalam Agenda Pembangunan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh Melayu UMNO, jika mereka tidak turut serta dalam Perpaduan dengan UMNO(MELAYU) & BN…. Mereka juga mungkin telah sedar, Perpaduan dengan UMNO adalah Talian Hayat untuk mereka, kerana Pakatan Rakyat kini semakin menuju KEHANCURAN.

Bermula dengan keterbukaan Pemimpin UMNO yang membuka jalan untuk PAS demi Perpaduan Melayu dan Islam…

Kemudian DS Anwar Ibrahim daripada PKR pula yang menawarkan perbincangan dengan UMNO…


Laporan terbaru dalam Malaysian Insider (Portal yang Pro-Pakatan Rakyat) yang menyiarkan: 

Shahidan: Perbincangan Pakatan-BN perlu dengan niat “baik sangka”.

Analisa  dan Pandangan Penulis(KUMIM)

PRU Ke-13 pada 5 Mei 2013 yang lalu telah menyaksikan Kemenangan Mutlak Perjuangan MELAYU UMNO Bersama Bumiputra Sabah & Sarawak, serta sebahagian Kaum India, dan juga hanya segelintir Kaum Cina, dalam mempertahankan Kekuasaan Barisan Nasional untuk terus Memerintah Negara Malaysia, walaupun dengan Majoriti Mudah.

Majoriti besar pengundi Cina telah secara terang-terangan MENOLAK Kepimpinan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh MELAYU UMNO.

JUSTERU, BUAT MASA INI(Ketika Kaum MELAYU ISLAM masih menjadi Kaum Majoriti di Malaysia)… UMNO HANYA PERLU WUJUDKAN PERPADUAN DENGAN PAS SAHAJA, DISAMPING MENGERATKAN LAGI PERSAHABATAN DENGAN BUMIPUTRA LAIN SERTA KAUM INDIA(PARTI MIC)….

LUPAKAN DAHULU PASAL PERPADUAN BARISAN NASIONAL(BN) DENGAN PAKATAN RAKYAT(PR).
Jadi, Pemimpin UMNO kena pastikan tiada 'BARUA-BARUA' Pakatan Rakyat yang cuba menyusup dan mengatur pelan Perpaduan mereka untuk menggagalkan Pelan Perpaduan MELAYU ISLAM, antara UMNO & PAS.

KITA MESTI TERUSKAN AGENDA MAJLIS EKONOMI BUMIPUTRA (MEB) KITA SEHINGGA BERJAYA.

KITA TANGKIS TANGGAPAN "MELAYU MUDAH LUPA"

KITA BENARKAN PEPATAH MELAYU KITA: "PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN… ORANG DAH TAK NAK, KITA PUN DAH TAK INGIN"

KITA KENA KEMASKAN DAN KUATKAN LAGI BARISAN MELAYU ISLAM KITA.

KENAPA PERPADUAN  UMNO  Dan PAS  adalah WAJIB??? (Akan Menyusul)

(KUMIM)

Selasa, 10 September 2013

TERKINI KALIMAH ALLAH - KEPUTUSAN DIJANGKA PADA OKTOBER



KITA MASIH ADA MASA MENGGUNAKAN SENJATA KITA, IAITU DOA KEPADA ALLAH.

PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - Tge Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly, bagi menggantikan perkataan God.

Seramai empat peguam mewakili pihak perayu daripada majlis agama Islam dan kerajaan berhujah hari ini manakala seorang peguam berhujah bagi pihak Herald(Kristian) iaitu Porres Royan.


Antara sedutan Perbicaraan:


Hakim YA Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bertanya kepada Porres apakah kesannya penggunaan kalimah Allah terhadap akidah penganut Kristian.

Turut ditimbulkan adalah kebimbangan pihak Kementerian Dalam Negeri terhadap keselamatan dan ketenteraman awam terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak Herald.

Hakim turut bertanya apakah bahasa asal perkataan Lord dan God yang digunakan dalam agama Kristian???

Saya rasa ini soalan cepumas yang kita semua boleh jawab, yang boleh men'terkedu'kan Porres Royan.







TERKINI ISU KALIMAH ALLAH... KEMENANGAN MORAL PERTAMA UNTUK ISLAM

ALHAMDULILLAH...

Kemenangan Moral pertama untuk kita...


Kerana Panel tiga hakim semua adalah  ISLAM...  diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

INSYA-ALLAH, Kita Akan Berjaya mempertahankan Kesucian KalimahAllah di Tanah Melayu ini daripada dilacurkan oleh pihak Kristian Laknatullah dan rakan-rakan yang bersekongkol dengan mereka.

Sebahagian foto di persekitaran Istana Kehakiman;
(Kepada mereka yang tidak dapat hadir, semoga anda sentiasa berdoa kepada Allah demi kemenangan ISLAM yang merupakan sebahagian daripada Perjuangan Jihad)










Isnin, 9 September 2013

WAJIB SEBARKAN


HARI YANG KRITIKAL BAGI SELURUH UMAT ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA PADA 10 SEPTEMBER 2013

Isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam terutama golongan Kristian Laknatullah.



Setelah kita memenangi pusingan awal di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya  pada 22 Ogos 2013 yang lepas, Umat Islam sekali lagi akan diuji di Mahkamah pada 10 September 2013, iaitu Selasa ini melalui Perbicaraan yang akan menentukan Kalimah ALLAH yang Esa ini BOLEH atau TIDAK BOLEH digunakan oleh golongan bukan Islam khususnya dalam percetakan dan penerbitan  akhbar, majalah, kitab, pamphlet dan sebagainya di Bumi Malaysia.

Justeru, semua umat Islam dan Melayu di Malaysia diseru supaya sama-sama berjuang mempertahankan Kalimah ALLAH ini daripada tergadai dan dilacurkan oleh orang bukan Islam terutama golongan Kristian Laknatullah, yang akan menggunakannya sebagai umpan untuk mengkristiankan umat Melayu dan Islam di Malaysia jika mereka dibenarkan menggunakan Kalimah ALLAH.

Perjuangan kita boleh diterjemahkan melalui pelbagai cara, antaranya;
1.     Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah di Putrajaya pada hari Selasa, 10 September 2013, sebagai syiar atau simbol perpaduan  dan kekuatan Ummah Islam – sokongan moral kepada barisan Peguam Muslim dan juga Panel Hakim.
2.  Sila hebahkan kepada saudara, sahabat dan kenalan Melayu Islam seramai mungkin melalui media online, sms dan sebagainya – terutamanya masyarakat luar Bandar – supaya mereka sama-sama mendoakan kejayaan.
3.     Sila buat Solat Hajat/Munajat samada bersendirian atau berjamaah, atau hanya sekadar berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Barisan Peguam Muslim, dan semoga dibuka pintu hati dan hidayah kepada Panel Hakim untuk memberi kemenangan kepada Pihak Islam dalam mempertahankan Kalimah ALLAH.

Umat Melayu Islam juga diminta melupakan sementara pasal perbezaan politik dalam tempoh ini. Tanpa mengira Melayu Islam dalam UMNO, PAS ,PKR atau mana-mana parti atau yang tidak menyokong mana-mana parti. Abaikan pendapat segelintir daripada orang Melayu Islam sendiri yang memberi ruang kepada golongan Kafir untuk terus membuat tuntutan.

Marilah kita sama-sama menjadikan ISU KALIMAH ALLAH ini, sebagai titik permulaan untuk kita menyemaikan Kesatuan Fikrah seterusnya Kesatuan Ummah Melayu Islam demi mempertahan dan memperkasakan Agama Islam dan Bangsa Melayu di bumi Malaysia yang tercinta ini, setelah kita menyaksikan pelbagai Ancaman dan Penghinaan terhadap Agama Islam dan Bangsa Melayu yang semakin kritikal terutama selepas PRU 13 yang lalu.

'PERPADUAN ASAS KEJAYAAN'

INSYA-ALLAH KITA AKAN BERJAYA… ALLAHUAKBAR.


(Ini adalah sedutan wawancara AIDC bersama Azril Mohd Amin iaitu Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pada 25 Ogos di Bangi)

AIDC : Dalam kes nama Allah, adakah rayuan kerajaan pada 10 September ini adalah satu keputusan yang penting ?
Sangat penting. Pada 10 September ini,  apa yang berlaku adalah peguam bagi kedua-dua pihak, sama ada pihak gereja, kerajaan dan juga Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan MACMA akan mengemukakan hujah masing-masing tentang rayuan induk itu.
Saya tidak pastilah sama ada Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan pada hari itu juga atau pada tarikh lain. Itu bergantung pada budi bicara para hakim pada hari tersebut.
Tarikh itu sangat penting, umat Islam wajar menunjukkan kehadiran mereka, menzahirkan sokongan mereka. Bukan sokongan kepada kami tetapi kepada Majlis-majlis Agama Islam itu sendiri. Wajar kita menunjukkan sikap prihatin dan ini satu isu yang mana sepatutnya orang Islam boleh bersatu.
Ini isu akidah, itu sangat jelas. Bukan isu yang bersifat khilaf dan sebagainya tapi ia sangat jelas.
Jadi, sepatutnya kita melangkaui politik kepartian.
Jangan salah faham, saya ada baca komen-komen di dalam laman web yang mengatakan ini salah pihak pemerintah, salah UMNO kerana telah membenarkan. Tidak..tidak.
Ini adalah permohonan pihak gereja untuk mencabar, yang mahu membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan. Kerajaan telah jelas melarang.
Bagi kami, peguam yang terlibat, kami tidak memihak kepada mana-mana politik, tidak. Bagi kami, kami melihat segi kedudukan undang-undang. Apakah peruntukan dalam Perlembagaan, undang-undang yang melindungi kedudukan Islam. Itu yang menjadi perkara utama.

Untuk mengetahui lebih terperinci Isu Kalimah ALLAH, sila ke laman berikut;



(KUMIM)